• Home
  • Hantar Artikel
  • Home
  • Hangat
  • Pelik
  • Lucu
  • Hiburan
  • Lawak
    • Double Meaning
    • Category
    • Category
    • Category
Showing posts with label Politik dunia. Show all posts

TIGA orang wanita ditahan hari ini kerana menunjuk perasaan dalam keadaan separuh bogel di hadapan sebuah kompleks di Ukraine dimana Forum Ekonomi Dunia dijalankan setiap tahun.

Ketiga-tiga wanita itu yang hanya berseluar tanpa pakaian sehingga menampakkan buah dada dan menconteng badan mereka dengan kata-kata bagi memprotes kemiskinan.

Mereka mengugut ingin memecah masuk ke dalam perhimpunan yang hanya dihadiri oleh CEO dan pemimpin-pemimpin politik untuk mendesak perhatian diberikan kepada keperluan penduduk miskin dunia.

Dalam keadaan hujan salji, ketiga-tiga wanita Ukraine itu nekad melalui perjalanan rumit ke bandar peranginan Switzerland di Davos yang dikawal ketat, menanggalkan pakaian mereka dan memanjat pagar untuk menceroboh forum itu sebelum ditahan.


Jurucakap polis Davos Thomas Hobi berkata ketiga-tiga wanita dibawa ke balai polis dan diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan untuk melakukan demonstrasi. Mereka akan dibebaskan tidak lama lagi.


Kami datang ke sini ke Davos, Switzerland untuk menjelaskan kedudukan semua orang miskin di dunia, untuk menjelaskan bahawa kami adalah miskin kerana orang-orang kaya yang kini duduk senang lenang di dalam bangunan dan kami terus-terusan miskin tanpa dibela, "kata penunjuk perasaan Inna Schewcenko.

Wanita-wanita ini merupakan anggota aktivis-aktivis kumpulan Femen, yang telah menjadi popular di Ukraine untuk menganjurkan protes kecil dengan cara separuh bogel untuk mengetengahkan pelbagai isu termasuk penindasan-parti politik pembangkang.

Mereka juga telah menjalankan bantahan di negara-negara lain.

Mereka disertai oleh penunjuk perasaan dari kawasan yang berbeza dan mejalankan demonstrsi terancang, yang bermula dengan penentangan terhadap amalan di Wall Street, yang berarak secara berasingan menuju kawasan perhimpunan tersebut.

Ketika demonstrasi berlaku, penunjuk perasaan diberiakan peluang untuk mengemukakan ketidak puasan hati mereka dan berlaku komunikasi dua hala. Selepas itu, forum dilanjutkan semula dan pada sidang kemuncak itu, ketua perdagangan PBB menggesa pemimpin global memberi tumpuan lebih lanjut mengenai mengurangkan ketidaksamaan di seluruh dunia daripada sentiasa mencari cara untuk menenangkan pasaran kewangan.

Supachai Panitchpakdi, ketua Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengulas mengenai Perdagangan dan Pembangunan, dan menyimpulkan bantahan di forum dan di seluruh dunia untuk menyerlahkan jurang perbezaan yang semakin meningkat di antara orang-orang muda yang menganggur dan kecewa, yang tidak mempunyai suara manakala golongan atasan terus mendapat gaji yang besar.

Beliau berkata, "Hari ini kita melakukan apa saja untuk menstabilkan pasaran kewangan dan anda boleh melihat pasaran kewangan semakin meningkat, tetapi mereka tidak menyumbang kepada ekonomi sebenar. Mereka menyumbang kepada diri mereka sendiri dan untuk kepentingan masing-masing. "

Sumber: Daily Mail
SEORANG lelaki kini kritikal dengan 95 peratus kulit badannya melecur selepas dia dikatakan membakar dirinya sendiri, menurut polis, semalam.

Media tempatan melaporkan, lelaki berusia 40-an itu, menuang petrol ke atas badannya dan membakar diri, tidak jauh dari Istana Negeri sebelum berlari ke arah papan iklan yang memaparkan gambar Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.



Jurucakap polis, Baharudin Djafar mengesahkan kejadian itu. Katanya, siasatan sedang dijalankan.

“Dia membakar dirinya dan anggota polis menyelamatkannya. Keadaannya kritikal dengan 95 peratus badannya melecur,” katanya.

"Kami akan menyiasat identitinya. Kami tidak tahu kenapa dia berbuat demikian dan kami tiada saksi,” tambahnya lagi.

Seorang doktor berkata, lelaki itu menjerit kata-kata antikerajaan, tetapi Baharudin menolak spekulasi yang mengatakan lelaki itu memprotes kerajaan dan Presiden.

“Buat masa ini kami tidak jumpa kaitannya,” katanya.

Penasihat Presiden, Daniel Sparingga berkata, Susilo telah diberitahu mengenai kejadian itu dan telah ‘melahirkan rasa simpati dan bimbang’.

“Buat masa sekarang, fokus kami adalah menyelamatkan nyawanya. Setiap yang bernyawa itu adalah rahmat dari Tuhan.”

“Kami kesal dengan perbuatan itu dan harap ia tidak berulang,” katanya.

Tunjuk perasaan adalah perkara biasa di Indonesia tetapi perbuatan mengorban diri sendiri adalah perkara baru dalam negara demokrasi ketiga terbesar dunia, dengan 240 orang penduduk.

Populariti Presiden Susilo semakin jatuh walaupun pertumbuhan ekonomi kukuh, berikutan masalah rasuah dan ketidakcekapan yang semakin berleluasa di negara itu.

Sumber: myMetro
PERGERAKAN Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.

Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.



"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.

Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.

Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.

Ia merdeka pada 1922.


Sumber: Kosmo
SETIAUSAHA luar Britain, William Hague memberi amaran Iran akan menghadapi "akibat yang serius" selepas penunjuk perasaan menawan enam kakitangan kedutaan British sebagai tebusan dalam serangan ke atas 2 bangunan diplomatik di Tehran.

Penunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar bertindak memecahkan tingkap serta melontarkan bom petrol sebelum membakar bendera British sebagai protes terhadap sekatan yang dikenakan oleh Britain.

Britain hari ini mengeluarkan kenyataan marah terhadap serangan ke atas kedutaannya, sementara White House mengecam serangan itu.

Perdana Menteri Britain, David Cameron mempengerusikan satu mesyuarat jawatankuasa keselamatan Cobra negaranya hari ini.

Hague berkata Iran telah melanggar Konvensyen Vienna yang harus memberikan perlindungan kepada para diplomat.



Setiausaha Luar Britain itu menambah: "Kerajaan Iran harus bertanggung jawab di atas kegagalannya untuk mengambil langkah-langkah secukupnya bagi melindungi duta kami sedangkan ia harus berbuat demikian".

Kerajaan Iran telah diminta untuk mengambil langkah-langkah segera bagi memastikan keselamatan kakitangan kedutaan di kedua-dua bagunan melalui Menteri Luar Iran.

Menteri Luar Iran dilaporkan memohon maaf di atas apa yang terjadi dan berjanji akan mengambil langkah yang sepatutnya, namun pihak Britain tetap menganggap ia sebagai satu kegagalan serius Kerajaan Iran.

Rakyat Britain telah mendapat amaran agar tidak melancong ke Iran kecuali atas hal yang mustahak manakala sebilangan kecil yang berada di Iran telah diarahkan agar tidak keluar rumah.

Serangan terhadap dua bangunan kedutaan hari ini menyaksikan 6 kakitangan kedutaan dijadikan tebusan. Namun mereka kemudiannya dibebaskan dengan bantuan polis.









Di luar tembok kedutaan itu, beratus-ratus penunjuk perasaan lain dilihat berkumpul, ada di antara mereka yang berteriak berulang-ulang "kematian untuk Britain" dan meminta duta Britain meninggalkan negara itu secepat mungkin.

Tunjuk perasaan itu berlangsung sehari selepas Iran meluluskan undang-undang menyingkirkan duta itu dalam tempoh dua minggu sebagai tindakan balas terhadap sekatan baru oleh Britain yang menamatkan segala perjanjian dengan sektor kewangan Iran.

Britain mengugut untuk bertindak tegas jika Kementerian Luar Negara Iran mengusir duta mereka, Dominick Chilcott yang baru saja memegang jawatan tersebut bulan lalu.

Semasa sesi Parlimen di Teheran pada Ahad lalu, seorang penggubal undang-undang memberi amaran rakyat Iran yang marah terhadap sekatan itu berkemungkinan akan menyerbu Kedutaan British seperti yang pernah dilakukan terhadap Kedutaan Amerika Syarikat pada 1979.

Sejak itu, kerajaan AS tidak membuka pejabat perwakilan setelah kejadian 1979 itu menyaksikan 52 diplomat ditawan sebagai tebusan selama 444 hari.

Iran telah berulang-kali menafikan program nuklearnya memiliki tujuan ketenteraan dan menyifatkan laporan oleh pemantau nuklear PBB mengatakan Iran membina bom atom sebagai tidak berasas.
PEJUANG Taliban dibayar £100 (RM497) sebulan supaya berhenti daripada menyerang tentera-tentera British di Afghanistan menurut satu pendedahan yang dilaporkan oleh Daily Mail semalam.

Mereka menerima bayaran bulanan dan dibenarkan untuk menyimpan senjata AK47 serta lain-lain rifle di bawah pengawasan program Nato namun perlu menyerahkan senjata berat yang dimiliki.

Mereka juga diberikan pengampunan, yang bermaksud mereka tidak akan menghadapi pertuduhan meskipun pernah menyerang dan membunuh tentera-tentera British sebelum ini.


Para pejuang mestilah mengistiharkan perbuatan mereka sebelum ini serta menyatakan hubungan mereka dengan mana-mana organisasi yang disifatkan sebagai pengganas oleh British.

Mereka juga tidak boleh menyerang mana-mana tentera dari International Stabilisation and Assistance Force (ISAF).

Program ini telah menerima dana antarabangsa sebanyak £98 Juta (RM486 juta) termasuk £6.5 juta (RM32.3 Juta) dari kerajaan Britain.

Pejuang Taliban yang menyertai program tersebut tidak melalui proses soal siasat, sebaliknya hanya perlu melengkapkan satu siri soalan-soalan bagi menjelaskan mengapa mereka menyertai pemberontak.

Program 3 bulan itu dilaporkan sebagai satu sesi "de-indoktrinasi" di mana mereka menerima pendidikan daripada British tentang nilai-nilai kerakyatan dan sebagainya.

Bayaran bulanan itu bagaimanapun akan tamat sebaik sahaja program tersebut selesai.

Lebih 2,700 pemberontak dilaporkan menyertai program tersebut pada bulan oktober 2010, termasuk 90 dari daerah Helmand di mana hampir 400 askar British terkorban di sana dan lebih 5000 cedera.

Di Utara Afghanistan, menyaksikan kira-kira 900 pejuang Taliban meninggalkan kumpulan mereka dan dilaporkan serangan terhadap tentera British berjaya dikurangkan sehingga hampir satu pertiga.

Sumber: Daily Mail
SAAT mengerikan ketika seorang sami bangsa Tibet berdiri di dalam keadaan badannya terbakar di sebatang jalan di China, berjaya dirakamkan.

Difahamkan, sami tersebut membakar dirinya sebagai tanda bantahan terhadap layanan buruk kerajaan China kepada bangsa Tibet.

Gambar diambil daripada sebuah video yang disiarkan oleh sebuah kumpulan pelajar yang berjuang untuk pembebasan Tibet. Dipercayai sami tersebut adalah Palden Choetso, 35 yang telah membakar dirinya sehingga mati pada 13 November lalu.

Video tersebut merakamkan bagaimana sami Buddha berbangsa Tibet itu berdiri di sebatang jalan di Dawu dalam wilayah Sinchuan, Tenggara China dalam keadaan terbakar sebelum akhirnya rebah menyembah bumi.



Video itu dipercayai diseludup keluar daripada China dan diserahkan kepada kumpulan pelajar yang berjuang untuk pembebasan Tibet. Mereka kemudiannya menyerahkan kepada pihak media.

Video itu dilihat sebagai satu simbol pengorbanan bangsa Tibet di dalam menarik perhatian dunia terhadap nasib bangsa Tibet di tanah air mereka.
MEDIA tempatan Mesir melaporkan bahawa ahli kabinet negara itu menawarkan untuk meletakkan jawatan selepas menghadapi protes besar menentang pemerintahan tentera.

Jurucakap kabinet, Mohammed Hegazy berkata perletakan jawatan itu bagaimanapun belum lagi diterima oleh majlis tentera.

Puluhan ribu rakyat Mesir kini membanjiri Dataran Tahrir di Cairo, Mesir.

Lebih 20 orang dilaporkan terbunuh, manakala hampir 1800 orang cedera di dalam keganasan akibat tunjuk perasaan selama tiga hari di ibu kota Mesir itu.

Dataran Tahrir menyaksikan sekitar 10 ribu penunjuk perasaan enggan berganjak di dataran itu sehingga lewat malam, manakala siren ambulan sering kedengaran silih berganti membawa mereka yang tercedera ke hospital.

Kumpulan-kumpulan aktivis Mesir meminta majlis ketenteraan menyerahkan kuasa kepada satu kerajaan yang terdiri daripada orang awam.


"Kerajaan Perdana Menteri Essam Sharaf telah menyerahkan perletakan jawatannya kepada Majlis Ketenteraan" kata jurucakap kabinet Mohammed Hegazy lapor media tempatan negara itu.

"Memandangkan keadaan yang semakin buruk, negara akan terus berjalan, kerajaan akan terus bekerja sehingga perletakan jawatan diterima".

Sumber ketenteraan pula melaporkan bahawa majlis sedang bermesyuarat pada waktu ini untuk membincangkan tawaran kabinet itu. Namun sehingga kini belum ada kata sepakat dicapai untuk menerimanya.

Penunjuk perasaan di Dataran Tahrir pula dilaporkan mula melaungkan "Allahu Akbar" sebaik sahaja mendengar berita bahawa kabinet telah menghantar perletakan jawatan.

KERAJAAN Filipina mencabar sebuah Mahkamah Agong kerana membenarkan mantan presiden negara tersebut, Gloria Macapagal Arroyo untuk berlepas keluar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Arroyo, 64 mendakwa dirinya menghidap penyakit tulang namun dihalang daripada meninggalkan negara lantaran tuduhan rasuah yang sedang dihadapinya.

Pihak berkuasa hari ini telah menghalang cubaan bekas presiden negara tersebut untuk berlepas keluar negara bersama suaminya dari lapangan terbang Manila.

Bagaimanapun, Mahkamah Agong telah mengeluarkan keputusan bahawa pengharaman itu adalah bercanggah dengan perlembagaan.

ARROYO dilihat menutup mukanya bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa

Arroyo kini menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah. Kerajaan semasa Filipina bimbang Arroyo akan menghilangkan diri jika dibenarkan berlepas keluar negara.

Jurucakap presiden, Edwin Lacierda berkata Arroyo dan suaminya yang sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penipuan pilihanraya akan dilayan dengan cara bermaruah namun "kami akan tegas dengan keputusan untuk tidak membenarkan beliau meninggalkan negara"

Lacierda berkata "ini semua hanyalah sandiwara, mereka hanya mahu mendapatkan simpati orang ramai".

RAJA Jordan menjadi pemimpin Arab pertama yang secara terbuka mendesak Presiden Syria Bashar al-Assad supaya mengundurkan diri bagi menamatkan konflik berdarah di Syria.



Raja Abdullah memberitahu BBC bahawa jika dia berada dalam kedudukan Al- Assad, dia akan memastikan "sesiapa sahaja yang menggantikan saya mempunyai keupayaan mengubah status quo".

Beliau menggesa Presiden Assad untuk memulakan dialog dengan pembangkang untuk melaksanakan peralihan yang teratur.

Para pemimpin Arab telah semakin lantang mengkritik tindakan keras di Syria selepas beberapa bulan keganasan berlangsung.

Kedua-dua duta negara Arab Saudi dan Qatar meninggalkan Damsyik sebagai protes pada penindasan. Liga Arab telah mengundi pada hari Sabtu untuk menggantung keahlian Syria.

Walau bagaimanapun Raja Abdullah bertindak lebih jauh daripada para pemimpin Arab lain dengan mengadakan satu temu bual eksklusif dengan BBC World News.

"Jika Bashar memikirkan kepentingan negara, beliau akan meletak jawatan, tetapi beliau juga akan mewujudkan keupayaan mendekati dan memulakan fasa baru kehidupan politik Syria," katanya.

"Itulah satu-satunya cara sahaja yang pada pendapat saya akan berfungsi dan saya tidak fikir orang yang mempersoalkan tindakan itu," katanya.

Raja Abdullah memberi amaran akan "kegagalan" jika sesiapa yang menggantikan Presiden Assad tidak mengubah status quo

Jordan, yang bersempadan dengan Syria, telah semakin lantang mengkritik tindakan keras yang digunakan ke atas penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Dalam keganasan terbaru, Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan - rangkaian penentang kepada pemerintahan Presiden Assad, berkata 13 orang telah terbunuh pada hari Isnin, termasuk 10 di bandar Homs, lokasi utama kekacauan.

Namun sebarang dakwaan itu adalah mustahil untuk disahkan kerana kerajaan Syria telah menghadkan akses kepada wartawan asing.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata lebih daripada 3,500 orang telah meninggal dunia sejak awal protes, manakala pihak berkuasa Syria menyalahkan punca keganasan pada penentang.

oleh: lufias
Pihak pembangkang mendakwa perdana menteri Thailand akan kehilangan jawatan kerana kerakyatan Britishnya.

Perdana menteri Thailand, Abhisit Vejajjiva hari ini (semalam) telah mengakui secara terbuka bahawa beliau memiliki dua kerakyatan buat kali pertamanya semasa satu perdebatan yang berlangsung di dewan parlimen.

Abhisit, 46, menerima kerakyatan British secara automatik kerana beliau telah dilahirkan di Newcastle oleh sebuah keluarga kaya yang berasal dari Bangkok.

Beliau sepatutnya menolak secara khusus untuk membatalkan kerakyatan British tersebut.

Namun begitu, pihak lawan politiknya mendakwa, sebagai seorang rakyat British, beliau boleh disaman di mahkamah antarabangsa kerana salah guna kuasa di dalam pentadbirannya terhadap bantahan dan tunjuk perasaan anti kerajaan tahun lalu.

Penunjuk perasaan penyokong baju merah telah membakar bangunan kerajaan semasa pertempuran ganas dengan Tentera Thai pada bulan Mei tahun lalu, melibatkan sejumlah rakyat terkorban.

Pihak pembangkang, beterusan memerli Abhisit yang didakwa memiliki pendidikan kelas atasan dari Oxford University dan memanggilnya dengan gelaran nama Inggerisnya, Mark.

Beliau belajar di Eton College dan memperolehi ijazah pertamanya dari St John's College, Oxford.

Beliau telah dipilih untuk ke parlimen pada umur 27 tahun, dan menjadi ketua Parti Demokrat pada tahun 2005. Beliau telah menjadi Perdana menteri pada Disember 2008 selepas diundi oleh parlimen - paling muda dalam hampir 60 tahun.



Laporan Asal: Dailymail UK
Older Posts Home
  • Artikel Terkini
  • Ulasan Pembaca

Blog terpilih

  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    4 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    5 years ago
  • Pulakdah!
    LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera
    12 years ago
  • Free Malays
    Rakaman CCTV warga emas dibiar terlantar kesakitan selepas diragut
    14 years ago

Berita

  • KeadilanDaily.com
    Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
    6 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    11 years ago

Total Pageviews

tracker
Designed by Free Malays