Kereta BMW Milik Fasha Sandha Dicuri



BMW 325i yang dilaporkan hilang


Kereta pelakon popular Fasha Sandha dilaporkan telah dicuri di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju petang jumaat lalu.

Kereta, BMW 325i bernilai hampir RM300,000 itu dikatakan hilang ketika pelakon kelahiran Johor Bharu itu bertemu dengan salah satu kenalan untuk membincangkan tentang filem.

Penolong Ketua Pesuruhjaya dari balai polis Sentul, Zakaria Pagan berkata: "pelakon itu telah meletakkan kereta BMW miliknya di tepi jalan pada pukul 3.40 petang dan mendapati ia hilang apabila dia kembali pada jam 3.55 petang.

Laporan tentang kecurian itu telah dibuat di balai polis Wangsa Maju oleh ahli keluarga pelakon jelita itu.

Fasha, ketika ditemui pada majlis pelancaran filem terbaru beliau, Penanggal di Bukit Bintang kelmarin, enggan mengulas lanjut, tetapi mengesahkan kecurian, dan bahawa laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.


Fasha pernah menerima Anugerah Pelakon Baru Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2005 menerusi drama Natasya. Beliau memenangi anugerah itu sekali lagi pada tahun 2011 menerusi drama Chinta.


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda