Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun cuba membunuh diri di hadapan ibu dan guru muzik selepas teman lelakinya nekad mahu memutuskan hubungan dengannya,lapor sebuah akhbar cina.
Gadis itu dilaporkan cuba untuk melompat dari tingkap tingkat tiga pusat muzik di Puchong selepas teman lelakinya menyampaikan hasratnya mahu memutuskan hubungan melalui telefon bimbit kira-kira 11.20 pagi hari Sabtu lalu.
Walau bagaimanapun, ibu kepada pelajar perempuan itu dan gurunya berjaya menarik gadis itu daripada terjun dan berjaya menyelamatkannya.
Bapa gadis itu dan teman lelakinya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan dari ibunya dan laporan polis telah dibuat. Pihak polis kemudiannya menghantar gadis itu ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut guru itu, gadis yang bekerja sambilan di pusat muzik itu, mempunyai kecenderungan untuk melakukan cubaan membunuh diri setiap kali dia menghadapi masalah dalam hubungan dengan teman lelakinya.
"Dia memukul kepalanya dengan botol kaca beberapa minggu yang lalu. Dia juga pernah cuba meminum air sabun dan menghentak kepalanya ke dinding sebelum ini," kata guru itu.
Ibu gadis itu yang berstatus janda berkata: "anaknya pernah cuba mengelar pergelangan tangannya di rumah sebelumnya".
Menurut sumber, teman lelakinya nekad mahu memutuskan hubungan dengannya kerana terlalu dikongkong oleh gadis itu.
Sumber: Asia One News