Britain perkenalkan lesen 'P' untuk pemandu baru



PEMANDU yang baru menerima lesen memandu akan dihalang daripada melalui lebuhraya, dan juga dilarang daripada memandu pada waktu malam di bawah pindaan baru undang-undang Britain.

Jumlah penumpang yang boleh dibawa oleh pemandu baru juga akan dihadkan dan mereka akan diwajibkan untuk mempamerkan pelekat 'P' – menunjukkan bahawa mereka baru memperolehi lesen.


Pindaan baru itu merupakan skim kelulusan lesen yang diusulkan bagi menetapkan pemandu baru di bawah percubaan (probation) dan terikat kepada undang-undang tambahan untuk satu jangka masa tertentu sebelum menerima lesen penuh.

Undang-undang baru ini diusulkan oleh Suzette Davenport yang baru ditugaskan untuk menetapkan undang-undang jalanraya Britain. Beliau juga merupakan wanita pertama dilantik memegang jawatan itu.

Menurut pakar, meskipun golongan muda akan menentang pindaan tersebut, mereka pasti akan mengalu-alukan penurunan harga insuran hasil dari perlaksanaan undang-undang baru itu.

Undang-undang ini dilihat begitu mirip dengan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Jika pemandu "percubaan" di Malaysia menggunakan pelekat 'P' berwarna merah, di Britain mereka menampal pelekat 'P' berwarna hijau.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (7)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Kat sini, kalau tak leh lalu lebuhraya, jawabnya simpan jelah lesen tu.. keluar rumah je dah kena lalu lebuhraya hasil kerajaan zalim BN
1 reply · active 696 weeks ago
itu kt KL jer bnyk tol, kt tmpt lain mane ade bnyk tol dan ade sesetgh tmpt x de tol langsung
Anonymoouse's avatar

Anonymoouse · 695 weeks ago

P hijau tu. mcm PAS. P kat sini merah cam UMNGOK. muahaha
fuhh...xboleh lalu lebuhraya tu...kita kt sini baru P dah macam pelesit hahaha.
pape pun jaga hati pasangan anda http://terubukbakar.blogspot.com/2011/12/teknikba...
Bagus tu. Tapi, bagus sokong Oprah punya kempen. No handphone while driving. Kan lebih selamat. InsyaALLAH. Malaysia boleh! (Tetiba)

Hadis Palsu Popular #8: http://apekblogger.blogspot.com/2011/12/hadis-pal...
malaysia lagi power la,dah lama buat
1 reply · active 696 weeks ago
toksah berangan la weiii...Malaysia pun tiru negara lain juga..sistem P negara New Zealand, Australia dah pernah buat dulu....

Post a new comment

Comments by