Wanita cipta rekod miliki lidah paling panjang di dunia




WANITA ini kini memegang rekod lidah paling panjang di dunia. Chanel Tapper, seorang pelajar perempuan berumur 21 tahun itu memiliki lidah sepanjang 9.7 cm, telah dinobatkan dan diiktiraf secara rasmi oleh Guinness sebagai memiliki lidah paling panjang di dunia.

Chanel Tapper dilaporkan suka menjelirkan lidahnya yang panjang. Chanel yang berasal dari Houstan, Amerika Syarikat mula dikenali ketika berumur 13 tahun melalui video YouTube dalam sebuah rakaman dia menjelirkan lidahnya yang panjang itu.


September lalu, Guinness telah menjemput Chanel ke Los Angeles di mana panjang lidahnya telah diukur dan dia berjaya mengalahkan dua lagi peserta lain sekaligus memecahkan rekod dunia.

Chanel berkata, dia sukakan lidahnya itu, "saya selalu menjadi tolol dan bodoh. Saya suka menjelirkan lidah keluar di depan orang".

"Saya mula melakukannya semasa balik dari sekolah. Saya tak pernah alami masaalah dengan lidah yang panjang ini, ianya menyeronokkan".

Chanel berharap dapat ke Hollywuud selepas tamat belajar nanti.

Katanya: "Saya ingin berlakon dalam filem. Saya ini orangnya agak dramatik saya rasa saya ada bakat berlakon".

"Betul, saya ingin berjumpa dengan Adam Sandler, dia kesukaan saya" tambahnya lagi.

Sumber The Sun

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda