RM25 Juta iPad 2 disaluti emas dan tulang dinosour



GOLD History iPad 2 barangkali sebuah peranti elektronik paling "extreme" boleh anda miliki. Bukan sahaja disaluti oleh 2 kilogram emas 24-carat beserta 12.5 carat berlian, malah ia turut disaluti tulang dinosour, dari fosil T-Rex yang diasah menjadi batu.

Bagaimanapun, hanya dua peranti berharga RM25 juta seperti itu akan dihasilkan. Jika anda ada wang tunai sebanyak RM25 Juta dan inginkan iPad 2 bersalut emas dan tulang dinosour ini, hanya satu yang tinggal kerana sebuah lagi sudah ditempah.


Peranti itu dihiasi dengan berlian 12.5 carat ditambah dengan, sekiranya anda terbalikkan, logo Apple yang terpampang itu diperbuat daripada 52 set batu-batu permata yang terpisah.

Bahagian belakangnya dilitupi oleh emas tulen seberat 2 kilogram.

Peranti iPad 2 itu turut digabungkan dengan 750 gram Canadian Ammolite, iaitu batu tertua di dunia, berusia 75 juta tahun, juga 57 gram tulang dari peha Tyrannosaur yang diasah sehingga menjadi batu.

Tidak cukup dengan semua kepuasan yang mampu membuatkan anda pening, ia disudahi dengan permata tunggal 8.5 carat dikelilingi 12 berlian-berlian yang dilihat tanpa cacat celanya.

Stuart Hughes memang tidak asing dengan barangan untuk memenuhi kepuasan yang dilihat begitu menggila. Pereka dari Britain itu pernah mencipta pelbagai peranti-peranti "ultra-mewah" sejak memulakan perniagaannya 12 tahun lalu.



Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda