Paderi peramal kiamat, mohon maaf dan letak jawatan




SELEPAS dua kali gagal membuktikan ramalannya dalam masa 5 bulan, barangkali jalan terbaik untuk Harold Camping seorang pendakwah Kristian dan juga paderi berumur 90 tahun ini, ialah berhenti daripada meramal tarikh hari kiamat.

Pendakwah Kristian yang berdakwah melalui radio dari Carlifornia itu, telah berjaya mempopularkan namanya dan Family Radio, apabila meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada 21 May 2011, kemudian ditukar kepada 21 oktober 2011.

Kini beliau telah mengmbil keputusan untuk meletak jawatan serta memohon maaf kepada semua kerana menyesatkan pengikutnya sambil mengakui bahawa beliau menyedari hal itu begitu "memalukan".


Pendakwah Kristian itu telah diejek dan dicemuh apabila meramalkan kehidupan manusia akan berakhir melalui satu siri gempa bumi sebelum perkara lebih dahsyat berlaku terhadap manusia yang masih hidup.

Apabila ramalan kiamatnya meleset pada 21 Mei lalu, dia mendakwa bahawa ia hanyalah kiamat roh manakala kiamat sebenar akan berlaku pada 21 Oktober.

Camping menghidap stroke selepas ramalan kiamatnya pada 21 Mei meleset. Beliau kemudian meletakkan jawatan daripada Family Radio selepas kegagalan ramalan kiamat kedua pada 21 Oktober.

"Kita hidup di dalam suatu hari di mana masaalah mengikuti masaalah yang lain," Camping berkata sewaktu ke udara di Family Radio, "Kenapa Christ tidak turun pada 21 Oktober?"



"Ianya sungguh memalukan Family Radio. Setelah melakukan penelitian dan kajian yang berhati-hati, kami menemukan kesimpulan bahawa tuhanlah yang menentukan segala-galanya"

"Tuhan membenarkan setiap perkara berlaku dengan cara tersendiri tanpa pembetulan. Namun tuhan boleh menghentikan setiap perkara jika Dia mahu" tambahnya.

Camping mengaku bahawa beliau tersilap apabila sebelum ini mengatakan bahawa barang siapa yang tidak percaya kepada Hari Kiamat 21 Mei 2011, dia tidak akan diselamatkan oleh tuhan.

"Saya tidak patut cakap begitu, dan saya minta maaf atas hal itu" katanya, tambahnya lagi, setiap orang tidak patut merasakan bahawa dirinya ditinggalkan oleh tuhan.


Ramai di kalangan pengikut-pengikut Camping telah mendermakan barangan mereka malah membelanjakan kesemua wang simpanan mereka di dalam menunggu tarikh hari Kiamat 21 Mei, mereka kini tinggal sehelai sepinggang.

Anak perempuan Camping Susan Espinoza berkata, selepas kegagalan ramalan kiamat 21 Oktober semua ahli Family Radio telah diberitahu agar jangan bercakap dan berhubung dengan media.

Namun begitu ramalan kiamatnya bulan lalu tidak begitu hangat jika dibandingkan dengan ramalannya pada bulan Mei lalu yang terpampang di atas lebih 5,000 billboard seluruh Amerika Syarikat yang mengistiharkan kiamat pada malam 21 Mei.

Camping juga pernah meramalkan hari kiamat akan berlaku pada 1994, tetapi kemudian dia mendakwa ia tidak berlaku kerana ada satu kesilapan matematik.

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda