Seluar dalam Queen Victoria dilelong RM45,938




SEHELAI seluar dalam sutera milik Permaisuri Britain, Queen Victoria bejaya dilelong dengan harga 9,375 pounds (RM45,938).

Sebuah lukisan permaisuri bersama pekerjanya berbangsa Scotland, John Brown juga berjaya dijual pada harga 145,250 pounds (RM711,725) di Rumah lelongan Lyon & Turnbull Edinburgh.

Hubungan erat di antara permaisuri dan hambanya ini telah memberikan inspirasi terhadap sebuah Film bertajuk Mrs.Brown.

Kedua-dua barangan itu dijual pada hari selasa lalu oleh pembida yang tidak dikenali.

Barangan itu antara yang dipamerkan di Old Battersea House.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda