Rempuhan di stadium, dua penyokong Indonesia maut



DUA penyokong pasukan bola sepak Indonesia mati, manakala yang lain cedera akibat rempuhan ketika perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia.

Rempuhan tersebut dipercayai dilakukan oleh penyokong yang gagal mendapatkan tiket untuk menonton perlawanan akhir bola sepak dalam temasya Sukan SEA ke 26 di Stadium Jakarta yang boleh memuatkan 88,000 penonton.


Sejak beberapa hari sebelum perlawanan, keganasan sudah begitu ketara menyaksikan penyokong Indonesia membakar kaunter jualan tiket kerana gagal mendapatkan tiket yang telah habis dijual.


Pasukan bola sepak Malaysia juga dilaporkan terpaksa diiringi ke stadium dengan kereta perisai bagi mengelakkan keganasan penyokong Indonesia yang bertindak liar.

Perlawanan akhir bola sepak itu menyaksikan Pasukan Bola Sepak Malaysia menewaskan Indonesia melalui tendangan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.


Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda