Datuk Salim Parlan dan pasangan mengaku berkhalwat



GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.


Ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 19 April lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan tersebut di kandang tertuduh.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi.
Nur Diyana pada 19 April lalu, mengaku tidak bersalah


Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana pula di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.



Sumber: Kosmo

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Dah mengaku salah pun fitnah lagi ke?? isk isk isk
1 reply · active 698 weeks ago
Dr. LatiF's avatar

Dr. LatiF · 698 weeks ago

Nak kata BP atas tu bodoh marah pula. Kasihan saya pada beliau.
Kesiannya kat dak BP tu org dah ngaku salah pun dia leh kata fitnah lagi.....sengal betullah...6ti kata bengap marahlah plak tp BP mmg bengap pun....
1 reply · active 698 weeks ago
suka la 2's avatar

suka la 2 · 698 weeks ago

bukan bengap lagi, dah masuk kategori lembu dan NFC
salim...salim... boleh tahan budak perempuan ni... patutlah..
Pembangkang ni memang suka buat fitnah! Fitnah dan adu domba dah jadi makanan mereka!
4 replies · active 698 weeks ago
Dah ada bukti video pun fitnah lagi ka??
Ko mmg bangang...si benci pas...x reti base....akai taruk kt kepala lutut..
weh.. tu la kecik2 tak nak mampus.. dah besar bodoh sombong.. menyusahkan bangsa mrlayi jek jo nii.. duit punya pasai sangup ko tgk bangsa ko melarat.. pukaymax punya pencacai..
Orang Biasa's avatar

Orang Biasa · 698 weeks ago

Kaw Reti Baca X nie Syaitan.....2 lar bila hati da hitam kelam...bnda yang jahil sokong lagi....

Post a new comment

Comments by