AGAK memeranjatkan, apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia AntaraNews menyiarkan gambar YAB Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak tidur semasa persidangan Ketua Negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia.
Sungguhpun laporan berita bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu berkisar tentang keputusan mahkamah baru-baru ini yang menolak akta AUKU, namun gambar Najib yang sedang tidur menghiasi laporan itu.
Penggunaan gambar Perdana Menteri yang sedang tidur itu dilihat seperti memperli atau memperlekehkan beliau. Namun begitu tidak dinyatakan niat sebenar portal berita berkenaan seolah-olah menghina Perdana Menteri Malaysia.