Model bogel muncul dalam siaran langsung televisyen



PARA penonton saluran ITV1 di Britain hari ini digemparkan dengan kemunculan seorang model bogel yang melalui pemeriksaan kanser testis secara langsung di saluran itu.

Saluran ITV1 itu menyiarkan sebuah rancangan berkaitan masaalah kanser lelaki dalam salah satu segmen kesihatan rancangan This Morning dengan meyiarkan seorang model melalui pemeriksaan oleh seorang doktor.

Rancangan yang dihoskan oleh pengacara terkenal Phillip Schofield itu menyaksikan kemaluan model yang memakai gaun putih tersebut diperiksa oleh doktor jemputan, Dr Chris Steele.


Para peminat This Morning sudah sedia maklum dengan topik perbincangan mengenai kesihatan lelaki yang dibincangkan setiap minggu. Namun begitu, paparan kali ini disifatkan sebagai yang paling berani sejak rancangan itu mula diterbitkan.

Bulan lalu, Phillip Schofield dan Holly Willoughby memperkenalkan satu segmen di dalam rancangan This Morning yang bertajuk "Sexperts talk libido" yang mengenengahkan teknologi terkini alat getaran serta posisi seks untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Bagaimanapun, reaksi penonton hari ini dilihat positif. Ramai pihak yang mengucapkan tahniah kepada rancangan This Morning kerana membawakan isu yang serius di dalam menangani masaalah kesihatan lelaki.


Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda