SEBUAH universiti di Shanghai, menganjurkan pilihanraya bagi memilih wakil rakyat tempatan, namun pemilihan itu telah dipulaukan oleh majoriti pelajar di universiti tersebut.
Sebilangan besar pelajar enggan turut serta di dalam pilihanraya itu didakwa kerana tidak berpuas hati dengan barisan individu yang ditetapkan secara rasmi sebagai calon yang bertanding.
Apa yang mengejutkan, segelintir pelajar memilih nama pelakon lucah Jepun, Sora Aoi sebagai nama calon di ruangan kertas undi difahamkan untuk merosakkan undi. Akhirnya pihak universiti terpaksa mengadakan semula pemilihan.
Menurut laporan media Hong Kong, disebabkan terlalu ramai pelajar yang menghindarkan diri daripada mengundi pada pemilihan di Universiti Fudan Shanghai, dua calon yang ditetapkan secara rasmi gagal mendapat undian majoriti.
Segelintir pelajar turut dikesan mengisi nama pelakon dan juga penyanyi Hong Kong bernama Edison Chen di dalam ruangan kertas undi mereka untuk merosakkan undi.
"hanya inilah saja cara untuk kami meluahkan rasa tidak puas hati" kata seorang pelajar junior di universiti tersebut, yang turut mendakwa bahawa calon-calon yang ditetapkan serta matlamat politik mereka adalah tidak jelas.
"Pilihanraya itu sendiri melucukan, malah Sora Aoi dan Edison Chen jauh lebih berpengaruh berbanding pilihanraya itu" tambahnya lagi.
Pengundian sebelum ini di Universiti Guangzhou, segelintir pelajar mengisi nama watak popular "Laughing Brother" yang dilakonkan oleh Liangxiao Tang di dalam sebuah drama popular Hong Kong, Sneak Attack sebagai calon pilihan mereka.
Malah Liangxiao Tang mendapat undian ke empat tertinggi di antara calon-calon lain.
Sumber: Want China Times