SEORANG atlit berbasikal wanita paralimpik bakal mewakili negaranya dalam sukan Olympic selepas satu kecelakaan luar biasa yang mengembalikan semula fungsi kakinya.
Monique van der Vorst, 27, pernah lumpuh dari aras pinggang ke bawah sebelum ini dan terpaksa menjalani kehidupan di atas kerusi roda selama 13 tahun.
Dengan kayuhan hebat tangannya memacu basikal, beliau pernah mewakili Belanda dalam sukan paralimpik dan memenangi dua pingat perak.
Segalanya berubah sejak tahun lalu selepas beliau mengalami kecelakaan ketika berbasikal, kakinya mulai bergerak dan beberapa bulan kemudian dia kembali boleh berjalan semula.
Dia kini meneruskan kerjaya sukannya menggunakan basikal biasa dan minggu ini dia terpilih sebagai salah seorang di antara 11 wanita teratas pasukan berbasikal profesional.
Impiannya kini untuk berbasikal dalam Sukan Olympics 2016. Jurucakap pasukannya Luuc Eisenga berkata: "Ia satu keajaiban".
Semasa zaman remajanya, Van der Vorst merupakan seorang yang aktif bersukan menggemari sukan tennis dan hoki.
Pada umur 13 tahun, dia terpaksa berbasikal akibat sebuah pembedahan buku lalinya yang telah menyebabkan kerosakan saraf menyebabkan kaki kirinya lumpuh dari aras peha ke bawah.
Menjalani kehidupan di atas kerusi roda, dia mula menyertai sukan berbasikal menggunakan tangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, merangkul kejuaraan 6 di eropah dan 3 di peringkat dunia .
Pada 2008, dia dilanggar oleh sebuah kereta yang menyebabkan kerosakan saraf tunjangnya serta mengakibatkan seluruh anggota bahagian kirinya lumpuh dari aras pinggang ke bawah.
Kemudian, dalam tahun yang sama dia memenangi dua pingat perak pada temasya Sukan Paralympic di Beijing.
Tahun lalu, di saat dirinya pada tahap kecergasan terbaik ketika menjalani latihan untuk kejohanan Paralympik 2012 di London, dia terlibat dengan satu lagi kecelakaan. Kali ini dia bertembung dengan seorang lagi atlit berbasikal
Badannya mengalami kekejangan, dan dia mula merasa boleh menggerakkan kedua-dua belah kakinya.
Akhir tahun lalu dia sudah boleh kembali berjalan seperti biasa.
"Perubahan drastik berdiri selepas begitu lama berkerusi roda tidak dapat digambarkan kerana tiba-tiba seluruh dunia memiliki perspektif yang berbeza" katanya dipetik dari laporan Independent.
"Sangat indah berjalan di sebelah seseorang dan boleh memandang terus ke dalam mata orang itu" ujarnya.
Sumber: YouTube