Lelaki hancurkan kereta dengan tangan kosong ala Street Fighter



LELAKI berpakaian seperti salah satu watak video game popular Street Fighter menghancurkan sebuah kereta menggunakan tangan kosong.

Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan menghentak dan mengoyakkan sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu rakaman video di YouTube.

Selepas berulang kali menendang dan menumbuk kereta tersebut, dia kemudiannya meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya.

Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV.


Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush.



Sumber: YouTube

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda