Wanita sorok 54 paket heroin dan wang dalam kemaluan



Seorang wanita di Pennsylvania, Amerika ditemui menyembunyikan berdozen-dozen paket heroin dan wang tunai di dalam farajnya selepas terlibat di dalam sebuah perlanggaran kereta.

Wanita yang merupakan seorang suspek berhubung sebuah kes rompakan di sebuah rumah tumpangan, Dunmore Inn itu, ditahan untuk membantu siasatan selepas dia mengalami satu kemalangan kereta.

Wanita berumur 27 tahun, Karin Mackaliunas mula menunjukkan keadaan yang tidak selesa akibat beg-beg kecil heroin yang tersimpan di dalam kemaluannya itu. "Selepas disoal siasat lebih sejam oleh pegawai polis, Baumann di ibu pejabat Polis" menurut satu laporan Polis. "Karin Mackaliunas membuat permintaan untuk bercakap dengan Sarjan Michael Mayer dan kemudiannya memberitahu bahawa dia ada menyembunyikan bungkusan-bungkusan heroin di dalam farajnya".

Karin Mackaliunas telah diperiksa, dan Polis telah menemukan 54 paket heroin, 31 paket kosong untuk membungkus heroin dan beberapa tablet di dalam kemaluannya, juga sejumlah wang tunai $51.22 (RM155).

Mackaliunas akan didakwa atas tuduhan memiliki dan ingin mengedar bahan-bahan terkawal serta memiliki dadah.

Sumber: Daily Mail

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda