Lelaki mati potong kaki sendiri guna gergaji besi



Seorang lelaki kurang upaya di United kingdom telah memotong kakinya sendiri dengan menggunakan gergaji besi.

Paramedik berkata, Barrie Hepburn, 65, telah mencederakan kakinya sendiri dengan teruk sebelum akhirnya mati akibat kehilangan darah, menurut laporan dari The Sun.

Paramedik Gary Allsop berkata, "Bersebelahan mangsa terdapat berkeping-keping surat khabar berlumuran darah berteraburan di atas lantai"

"Di kaki kanannya sebilah gergaji besi terbenam di celah daging dan tulangnya yang terpotong, manakala di kaki yang satu lagi kelihatan kesan potongan yang serupa dipercayai menggunakan gergaji besi yang sama"

"Hepburn telah menggunakan plastik turniket untuk mengikat kakinya bagi menghentikan pengaliran darah"

"mangsa juga dipercayai sudah mengemaskan surat khabar, majalah kereta, buah-buahan serta kek di dalam sebuah beg untuk dibawa ke hospital sebaik sahaja kakinya dipotong"

Mangsa dikatakan mati dalam keadaan yang sengsara. Sepuluh tahun lalu kakinya disahkan tidak berguna akibat ditembak oleh seorang jiran akibat pertengkaran terhadap seekor anjing.

Isterinya memberitahu pihak penyiasat bahawa dia sudah tiga kali cuba membunuh diri melalui pengambilan candu secara berlebihan.

Hepburn juga ada memberitahu isterinya bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk memotong kedua-dua belah kakinya.

Malah dia turut menunjukkan isterinya, video-video di internet yang memaparkan bagaimana orang melakukannya.

Laporan Asal: The Sun

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda