AMERIKA SYARIKAT: Harry Potter tidak lagi menjadi sebuah filem fantasi selepas pembukaan Akademi "ahli sihir" pertama di dunia. Oberon Zell-Ravenheart, pengasas kepada sekolah itu berkata:" Saya telah mengabdikan hidup sepanjang hidup saya untuk mempelajari Ilmu Hitam dan sekarang saya ingin menjadikan watak Harry Potter suatu kenyataan".
Lelaki berusia 68 tahun itu telah membuka Akademi "ahli sihir" berdaftar di yang dikenali dengan nama "Grey School of Wizadry" di Amerika Syarikat. Oberon mengatakan kepada wartawan Daily Mail bahawa penceritaan dalam Harry Potter membuat ramai orang tertanya-tanya adakah ahli sihir wujud, maka Oberon akan menjadikan itu satu kenyataan.
Seperti "Hogwarts" dalam Harry Porter, Grey Wizardy School mempunyai enam belas kelas termasuk 'Alchemy' iaitu kelas yang mengajar magis yang boleh mengubah sesuatu barang ke bentuk yang lain,'Beastmastery' iaitu kelas teknik-teknik kejam,Kuda berbisik(Horse-Whispering),Wand- makin iaitu membuat tongkat sakti dan kelas mentera untuk memukau(spell casting).Murid yang menghadiri sekolah sihir ini ditempatkan di empat buah rumah lama yang mempunyai nama tersendiri iaitu,"Winds,Undines,Gnomes dan Salamanders".
Sama seperti dalam Harry Potter, pelajar juga diajar mempertahankan diri melawan Ilmu Hitam yang boleh membunuh .Tambah Oberon, untuk memasuki akademi ini,pelajar-pelajar mestilah mempunyai kelayakan. Subjek yang diajar di akademi itu adalah "Advanced Mathemagicks, Quantum, Kosmologi & Metafizik, ilmu warisan turun temurun, Wortcunning (ubatan herba) dan semua ilmu sains purba."
Akademi itu juga mengadakan kem musim panas secara berterusan untuk membuat pemilihan penyihir muda dan untuk memperolehi ijazah penguasaan ilmu sihir,mereka perlu berada di akademi itu selama empat tahun."
Oberon dan Morning Glory
Oberon juga adalah seorang penulis yang telah menulis banyak buku yang rata-rata mendapat sambutan komuniti penyihir kerana dianggap 'Kitab sihir'.
Menurut Wikipedia, Oberon merupakan pelajar Ijazah Kesenian dalam bidang psikologi dari Westminster College di Missouri. Dua tahun kemudian, beliau menerima gelaran " Doctor of Divinity" dari Life Science College di Illinois. Dia kemudian menerima sijil mengajar dari Harris Teacher's College di St Louis.
Oberon bertemu isterinya, Morning Glory, di sebuah Festival Pagan pada tahun 1973, di mana Glory menjadi menjadi juru acara di festival itu dan mereka berkahwin tidak sampai setahun kemudian.Bagi Oberon, Glory dianggap memang pasangan yang ideal buatnya kerana memiliki banyak persamaan. Keserasian ini membuatkan mereka bersama-sama mendirikan "Mistical Ecosophical Research Association" pada tahun 1977.
Sumber: Daily Chili