Juara gusti,Stevo Poulin yang hanya berusia 8 tahun
NEW YORK: Seorang kanak-kanak lelaki, Stevo Poulin yang hanya berusia 8 tahun merupakan juara gusti. Melihat kepada keadaan ini, kanak-kanak ini dijangka akan menjadi lagenda suatu hari nanti.
Poulin, seorang Ahli Gusti berasal dari Schuylerville, New York, sangat mahir dalam melakukan tiga perkara untuk menetang lawannya iaitu menjadi kanak-kanak yang sangat kuat, menggulingkan pihak lawan dengan kaki ke atas melemparkan lawan-lawannya seperti 'patung kain' di dalam gelanggang.
Lagenda tentang bukan Poulin bukan sekadar berkisar tentang kehebatannya di dalam gelanggang gusti,tetapi tentang kewujudannya dan matlamat dia berada di dalam gelanggang gusti.Aksi Poulin di gelanggang membuat ramai orang teruja.
Poulin dikatakan lebih menakutkan daripada kebanyakan petinju-petinju kanak-kanak yang lain. Ini kerana dia di katakan memiliki kekuatan dan tenaga dalam timbangan pound lebih kuat berbanding kebanyakan beruang di Amerika Utara.Ia bukanlah kiraan secara saintifik,tetapi perkiraan ini nampaknya tepat dalam perkiraan ahli gusti.
Ketika di gelanggang, Poulin mampu menolak lawan hingga jatuh dengan kekuatannya menyebabkan lawannya agak gementar untuk berdiri semula melawannya kerana kekuatan tenaganya. Poilin di anggap bukan saja bagus, tetapi salah seorang ahli gusti terbaik di negara itu. Dia tidak bergusti dengan kanak-kanak sembarangan,tetapi bertumpu pada sesiapa saja kanak-kanak yang merasa diri mereka terkuat di Amerika.
Sumber: ThePostGame