PM Thailand bakal hilang jawatan kerana kerakyatan Britainnya



Pihak pembangkang mendakwa perdana menteri Thailand akan kehilangan jawatan kerana kerakyatan Britishnya.

Perdana menteri Thailand, Abhisit Vejajjiva hari ini (semalam) telah mengakui secara terbuka bahawa beliau memiliki dua kerakyatan buat kali pertamanya semasa satu perdebatan yang berlangsung di dewan parlimen.

Abhisit, 46, menerima kerakyatan British secara automatik kerana beliau telah dilahirkan di Newcastle oleh sebuah keluarga kaya yang berasal dari Bangkok.

Beliau sepatutnya menolak secara khusus untuk membatalkan kerakyatan British tersebut.

Namun begitu, pihak lawan politiknya mendakwa, sebagai seorang rakyat British, beliau boleh disaman di mahkamah antarabangsa kerana salah guna kuasa di dalam pentadbirannya terhadap bantahan dan tunjuk perasaan anti kerajaan tahun lalu.

Penunjuk perasaan penyokong baju merah telah membakar bangunan kerajaan semasa pertempuran ganas dengan Tentera Thai pada bulan Mei tahun lalu, melibatkan sejumlah rakyat terkorban.

Pihak pembangkang, beterusan memerli Abhisit yang didakwa memiliki pendidikan kelas atasan dari Oxford University dan memanggilnya dengan gelaran nama Inggerisnya, Mark.

Beliau belajar di Eton College dan memperolehi ijazah pertamanya dari St John's College, Oxford.

Beliau telah dipilih untuk ke parlimen pada umur 27 tahun, dan menjadi ketua Parti Demokrat pada tahun 2005. Beliau telah menjadi Perdana menteri pada Disember 2008 selepas diundi oleh parlimen - paling muda dalam hampir 60 tahun.



Laporan Asal: Dailymail UK

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda