Ibu dipenjara 29 tahun kerana merogol anak




Seorang wanita dan suaminya telah dijatuhkan hukuman penjara 29 tahun kerana merakam adengan keji merogol anak perempuan kandung berusia 4 tahun lalu menyebarkan video tersebut ke internet.

Hollie Beston, 32 mengaku bersalah di atas tuduhan merogol kanak-kanak, mencabul, eksploitasi seksual dan pornografi kanak-kanak.

Suaminya Brian Bestons yang dipercayai sudah tidak lagi bersama turut mengaku bersalah di atas pertuduhan yang sama dan menghadapi hukuman sekurang-kurangnya 26 tahun atau maksimum seumur hidup sejak bulan jun tahun lalu.

Selepas mereka melepasi tempoh tahanan penjara, Bestons akan terus ditahan sehingga pihak bekuasa memutuskan sama ada mereka patut dibebaskan atau tidak.

Menurut laman sesawang pendakwaraya, Hakim Mahkamah Tinggi King County, Washington, Mariane Spearman telah menjatuhkan hukuman kepada Hollie pada hari Jumaat.

Pasangan itu telah ditahan pada bulan Oktober 2009 selepas FBI menemui perbuatan keji mereka daripada seorang lelaki yang sedang menghadapi hukuman penjara 42 tahun atas kesalahan mendera seorang kanak-kanak lelaki yang dijaga, bertahun-tahun lamanya.

Seorang pegawai penyiasat FBI, Richard Hockaday melaporkan bahawa Bestons melakukan kesalahan merogol itu "sebagai sebahagian daripada terapinya" menurut sebuah dokumen yang diperolehi dari mahkamh.

Wanita itu mengiklankan dirinya sebagai seorang ibu tunggal yang mencari ibu bapa di Seattle dan San Diego untuk untuk melakukan sejenis "fantasi".

Pegawai penyiasat FBI, memulakan langkah dengan berkata kepada pasangan tersebut bahawa beliau ingin berlepas ke Seattle untuk melakukan hubungan seks dengan anak pasangan itu. Tidak lama kemudian Beston dengan susuk badan setinggi 1.8m dan berat 163.2 kg itu dilaporkan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak di depan webcam.

Pada satu tahap, Hockaday telah berkata kepada pasangan itu melalui email bahawa dia tidak percaya bahawa pasangan itu benar-benar merogol kanak-kanak itu.

Kerana ingin meyakinkan Hockaday, Brian menunjukkan sekeping kertas tertera tarikh terkini untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar melakukan perbuatan rogol itu pada waktu yang terkini.
Menurut Hockaday, dia ada menerima 40 hingga 50 gambar-gambar porno daripada pasangan itu sepanjang 3 bulan mereka berhubung.

Hollie juga telah didakwa menyalah gunakan kamera dan menyebarkan gambar-gambar melalui telefon bimbit dan internet. Di halaman sosial Myspace, dia menggambarkan dirinya sebagai seorang ibu, dan penjaga yang bangga.



Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda