Askar kudung dipasang tangan robot



Seorang tentera yang telah kehilangan tangan kanannya akibat terkena serangan bom granade telah menerima sebuah tangan bionic dan dia kini dikatakan sedang menyesuaikan diri dengan tangan barunya itu.

Kopral Andrew Garthwaite, percaya bahawa dia bukan sahaja merupakan tentera British kurang upaya pertama menggunakan tangan buatan itu, malah menjadi pelopor kepada penggunaannya. Dia dilaporkan hilang tangan kanan akibat serangan bom dari pelancar roket sewaktu bertugas di Afghanistan.

Serangan itu telah membunuh seorang lagi rakan sejawatnya, namun Andrew Garthwaite, 23 dianggap bernasib baik kerana masih mampu pulang ke tanah air dalam keadaan bernyawa.

Corporal Andrew Garthwaite hilang tangan kanannya akibat serangan bom semasa bertugas di Afghanistan
Kini dia memiliki dua tangan yang berfungsi selepas ianya dipasang di Hospital Queen Elizabeth di Birmingham. Tangan buatan ini dikawal menggunakan otot-otot di dada dan belakangnya.

Dia memberitahu Perkhidmatan Penyiaran tentera British, BFBS, "Saat saya mula-mula tercedera dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth I, saya fikir oh tuhan, beginilah nasib saya, saya tidak akan dapat menunggang motorsikal lagi"


"Pada masa itu saya fikir saya tidak dapat lakukan apa-apa lagi. Tapi pada masa itu pereka tangan buatan datang menemui saya dari Headley Court untuk mendapatkan ukuran bagi mereka bentuk tangan baru saya"

"Katanya kepada saya kami akan berusaha mereka bentuk tangan baru untuk awak, dan kamu akan menlakukan satu pembedahan yang dipanggil Target Nerve Reinnervation, ia tidak sebaik tangan normal, tapi ia pilihan yang terbaik untuk kamu".

Laporan asal: Daily Mail

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda