Wanita-wanita berbogel di rumah perdana menteri



Seorang penari gelek remaja mendedahkan bagaimana wanita-wanita berbogel di dalam setiap kali parti-parti tertutup "bunga-bunga" diadakan di rumah Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi.

Karima El Mahroug pada masa itu baru berumur 17 tahun menurut pendakwaraya, remaja itu dibayar oleh Berlusconi, 74 untuk mengadakan hubungan seks yang dikatakan sebagai pelacuran bawah umur menurut undang-undang di Itali.

Bagaimanapun Perdana Menteri Itali itu sebelum ini mendakwa tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu parti-parti itu diadakan.

Di dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis semalam, remaja wanita itu mendakwa ada menghadiri parti-parti tersebut beberapa kali di rumah Berlusconi berhampiran Milan.

Remaja wanita itu menambah "semasa majlis bunga-bunga, semua wanita-wanita di situ berbogel, mereka semuanya akan melakukan aksi-aksi seksual yang mengghairahkan untuk menarik perhatian Berlusconi".

Perdana Menteri itu akan menghadapi pertuduhan pada 16 April atas dakwaan membayar sejumlah wang untuk melakukan seks dengan remaja bawah umur serta menyalahgunakan pejabatnya.

Sumber: Daillychilli

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda