Petani tunggang badak air




Biasanya petani di negara-negara barat seperti yang sering kita tonton di kaca televisyen, menggunakan kuda sebagai tunggangan atau sebagai salah satu pengangkutan alternatif selain trak dan lori pick up di ladang-ladang mereka.

Berbeza dengan seorang petani di Petrus Steynlakes, Akhbar harian Kosmo hari ini melaporkan kisah seorang petani, Marius Els yang disifatkan sebagai bertuah kerana dapat menunggang antara haiwan yang paling ganas di benua Afrika, iaitu seekor badak air.

Nasib Els sememangnya baik kerana badak air berusia enam tahun dan bernama Humphrey itu merupakan haiwan peliharaannya sejak kecil lagi.

"Ia dengan mudah dapat mengoyakkan tubuh lelaki dewasa seperti saya. Tiada orang yang berani mendekatinya, namun, saya menganggapnya seperti anak saya," kata petani tersebut.

Humphrey tinggal di sebuah tasik buatan manusia sedalam 18 meter di sini, Afrika Selatan.


Sumber: Kosmo

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda