Garbenor kalifornia yang juga bekas pelakon terkenal filem aksi Hollywood, Arnold Schwazenegger akan meletak jawatan pada bulan Januari 2011 ini.
Beliau telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila mendapat tentangan hebat di dalam sejarah negara Amerika Syarikat.
Pada hari Isnin, 4 Januari, pelakon berotot dan berbadan sasa kelahiran Austria itu akan digantikan oleh Jerry Brown, ahli politik dari Parti Demokrat yang berjaya mengalahkan seorang ahli perniagaan kaya dari Parti Republik, Meg Whitman pada pemilihan bulan November lalu.
Mantan "Mr Universe" bina badan bertaraf antarabangsa itu telah terpilih menjadi garbenor ke 38 Kalifornia pada pemilihan tahun 2003 lalu.
Beliau atau panggilan akrabnya Arnie telah memulakan karier sebagai Garbenor tanpa sebarang pengalaman.
Pada awal tahun 1980-an, seorang penerbit TV dan radio, Michael Linder, merupakan orang pertama yang bertemu dengan atlit angkat berat itu.
Linder kemudiannya memutuskan untuk menerbitkan rakaman pita video berkenaan teknik bina badan berjudul Shape up with Arnold.
"Kami akan membuat apa sahaja agar Arnold menjadi terkenal" kata Linder.
"Dia pernah memberitahu saya, saat remajanya di Autria, dia sangat malu dengan perkembangan otot betisnya sehinggakan dia memotong semua seluarnya dari paras lutut ke bawah. Dengan itu dia terpaksa ke mana-mana dengan mempamerkan betisnya yang kecil itu."
Sejak dari hari itu, Arnold telah berusaha keras untuk membina otot-otot badannya sehingga ia menjadi salah satu atlit bina badan bertaraf dunia.
"Begitulah betapa gigihnya Arnorld sehingga dia dapat ke layar perak dan akhirnya merampas kerusi gerbenor" Tambah Linder.
Sumber: BBC News