PITTSBURGH - Seorang pencuri yang tidak dikenali telah menghantar sebuah bungkusan berisi wang tunai kepada sebuah kedai menjual perkakas pertukangan di barat Pennsylvania untuk membayar sebuah tukul besi yang pernah dicuri beberapa dekad yang lalu, menurut pemilik kedai berkenaan Isnin lalu.
Wang tunai itu tiba di Central Contractors Supply Co. di Johnstown, bersama dengan sehelai nota kecil tulisan tangan yang menyatakan bahawa tukul besi berkenaan telah dicuri sekitar 25 atau 35 tahun yang lalu, menurut Lynne Gramling, yang mengusahakan kedai berkenaan bersama-sama degan ayahnya.
"Saya tahu ia suatu kesalahan, namun saya tetap melakukannya. Disertakan bersama wang tunai $45 untuk membayar harga tukul besi dan sedikit wang faedah" menurut catatan nota tanpa tanda tangan itu yang bertarikh 6 Disember.
"maafkan saya kerana mencurinya namun kini saya telah berubah."
Sudah banyak barangan yang telah dicuri di kedai tersebut semenjak keluarga berkenaan memulakan perniagaan itu lebih 50 tahun lalu, inilah kali pertama ada orang yang rela membayar barangan yang pernah dicurinya kata Gramling.
Gramling mengambil wang tersebut dan membawanya ke pasaraya berhampiran, di mana ayahnya bertugas sebagai sukarelawan untuk membunyikan loceng keselamatan.
"Saya ke sana dan memasukkan wang itu ke dalam tekonya" Katanya, sambil menambah bahawa duit itu jauh lebih berharga dari harga sebuah tukul.
"Dia sangat budiman" katanya.
Sumber: Yahoo News