Seekor anjing di Ebereschenhof berhampiran Berlin, di Jerman telah melahirkan 17 anak anjing menurut laporan The China Daily.
Pemiliknya sangat gembira tetapi mengaku keletihan kerana terpaksa memberikan makanan dan menyuap mereka sejak beberapa minggu ia dilahirkan kerana ibu anjing berkenaan tidak mampu memelihara anak-anaknya yang banyak itu.
Wegemann terpaksa memberikan makanan sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan menyuap anak-anak anjing tersebut dengan susu khas melalui botol lantaran puting ibunya tidak mampu menampung keperluan anank-anak anjing tersebut.
Apabila mereka telah kenyang, mereka perlu pula bermain menurut pemiliknya Ramona Wegemann.
Wanita itu juga mendakawa bahawa dia hanya dapat tidur nyenyak selama beberapa minit sahaja sejak beberapa minggu ini.
Menurutnya, apabila dia "selesai menyuap anak anjing yang terakhir, anak anjing yang mula-mula pula kembali lapar."
Wegemann's dog Etana gave birth to eight female and nine male puppies recently.
Dia membayangkan bahawa pengalaman ini sebagai "memenatkan" apabila terpaksa bersusah payah untuk memastikan kesemua anak anjing berbaka tulin Rhodesian Ridgeback untuk terus hidup.
Kata Wegemann, apabila anjing melahirkan begitu banyak anak, biasaannya sebilangan mereka akan mati dalam minggu yang pertama.
"Tapi kesemua anak anjing ini terus hidup. Ia sangat hebat dan mengagumkan" kata wanita berusia 32 tahun itu.
Inilah kali kedua anjing yang bernama Etana itu melahirkan anak. Ia hanya melahirkan 8 ekor anak pada kali pertama melahirkan serupa seperti anjing normal yang lain.
"Kelahiran anak-anak anjing ini sangat istimewa. Mereka semua dilahirkan secara semulajadi tanpa perlukan pembedahan" Tambahnya.
Etana mengambil masa selama 26 jam untuk selesai melahirkan kesemua anaknya.
Kini wegemann terpaksa bercuti daripada tugasnya sebagai animal psychiatrist bebas untuk menjaga 17 anak-anak anjing tersebut, memandangkan suaminya sering kali kerja di luar kawasan.
Hidup mereka kini disifatkan sebagai tunggang langgang disebabkan anak-anak anjing ini. Ruang biliknya kini dipenuhi dengan anak-anak anjing yang ditempatkan di dalam sebuah kotak yang besar.
But even Wegemann still struggles to recognize them.
Malah Wegemann mengaku bahawa dia sukar untuk mengenali satu persatu anak-anak anjingnya.
Anjing-anjing yang betina dipanggil Bahati, Binta, Bahya, Bashima, Batouuli, Binki, Bora, Bisa dan yang jantan diberi nama Baakir, Banjoku, Belay, Bruk, Bundu, Bayo, Bukekayo, Biton dan Bulus.
Wegemann memberikan nama-nama afrika kepada mereka memandangkan Rhodesian Ridgeback merupakan baka anjing buruan afrika. Wegemann merancang untuk menjual sebilangan besar mereka.
Empat daripada anak anjing itu sudah dijual, dua lagi sudah dibayar dan terpaksa meninggalkan adik-beradiknya yang lain tidak lama lagi.
Sumber: China Daily