Seekor kucing yang berbulu di bahagian dadanya dan kelihatan seakan-akan bulu singa mengejutkan sebilangan besar kaki tangan sebuah Hospital Vaterina di Amerika Syarikat. Kucing yang kelihatan ganjil ini diberikan oleh salah seorang pelanggan pusat berkenaan yang menghantarnya kepada Dr. Stephen Bassett yang bertugas di situ.
Dengan rupanya yang sangat ganjil itu, kucing ini dikatakan bakal dinobatkan sebagai kucing paling hodoh di dunia. Dengan badannya yang botak, dan berwarna kelabu kebiruan serta bulu-bulu kasar di bahagian dadanya itu, ia dijangka akan menjadi perhatian sebilangan besar peminat-peminat kucing hodoh seluruh dunia.