Sega lancarkan video game untuk dimainkan di tandas




Peminat video game kini tidak sabar menikmati keseronokkan bermain permainan video game saat membuang air kecil di tandas.

Sega, syarikat pengeluar permainan video game dari Jepun telah melancarkan satu daripada empat siri "toilet games" tetapi khas untuk lelaki sahaja.

Di dalam permainan tersebut, pemain harus mengencingkan secara terus sensor yang dipasang pada tandas untuk memulakan permainan.

Grafic permainan game ini akan dipaparkan pada dinding hadapan yang disiarkan pada screen LCD 31 cm bertentangan dengan wajah pemain.

Satu daripada pilihan game yang disediakan ialah mengukur tahap kekuatan pancutan serta suara yang dihasilkan daripada air kencing yang dikeluarkan oleh pemain.

Salah satu daripadanya membenarkan seseorang pemain itu untuk memancutkan air kencing kepada hidung karakter yang disediakan dan bertanding dengan pemain-pemain yang lalu.

Sebuah lagi pilihan membolehkan pemain menyelak skirt karakter wanita untuk mendedahkan sebalik skirtnya juga permainan memadamkan grafiti pada badan karakter wanita untuk menelanjangkannya.

Setakat ini permainan ini hanya boleh ditemui di empat Klub Sega di Jepun. Saksikan video rakaman permainan berkenaan di bawah ini.


Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda