Keranda pembunuh Presiden Amerika dilelong




Keranda yang pernah menempatkan Lee Harvey Oswald, lelaki yang dipercayai telah diupah untuk membunuh Pressiden Amerika John F Kennedy, telah berjaya dijual pada harga hampir $90,000.

Juru lelong yang menguruskan penjualan tersebut, Nate D Sanders berkata, terdapat permintaan yang tinggi untuk memasarkan artifak-artifak yang berkaitan dengan John F Kennedy. Para pembeli telah bertanding harga untuk memiliki keranda berkenaan, selepas lelongan dimulai dengan harga $1,000.

Oswald, individu yang telah dibunuh sebaik sahaja diberkas akibat tembakannya pada tahun 1963, telah dikebumikan semula di dalam sebuah keranda yang baru di dalam tahun 1981 selepas balunya memohon untuk kuburnya digali.


Sumber : BBC News

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda