Bank of America telah mengumumkan bahawa ia akan menyertai institusi-institusi kewangan lain yang menolak untuk memproses sebarang pembayaran kepada Wikileaks.
Bank gergasi Amerika itu menyertai syarikat kewangan lain seperti MasterCard dan Paypal, yang telah membuat keputusan untuk tidak melakukan proses pembayaran yang berkaitan dengan Wikileaks.
Sebagai jawapan balas, Wikileaks telah mengeluarkan satu mesej di Twitter, menyeru penyokong-penyokongnya yang memiliki akaun kewangan di bank berkenaan agar berpindah ke bank-bank yang lain.
Sebelum ini Wikileaks berkata bahawa ia akan menyiarkan satu "kebocoran mega" awal tahun hadapan berkaitan "kelakuan-kelakuan tidak beretika" di bank-bank utama Amerika.
Pengasas Wikileaks Julian Assange berkata pendedahan terhadap bank seharusnya "memberikan gambaran sebenar terhadap bagaimanakah kelakuan pihak bank pada aras eksekutif yang akan mengundang penyiasatan dan pembaharuan".
Rakyat Autralia yang penuh kontroversi itu berkata, beliau sudah bersedia untuk melancarkan puluhan ribu dokumen-dokumen yang bakal "melingkupkan satu atau dua bank".
Target utama dipercayai Bank of Amerika, berdasarkan ulasan-ulasan tahun lalu dari Assange.
Assange menghabiskan hari pertamanya bebas dengan ikat jamin di negara Inggeris pada hari Sabtu.
Sumber: ABC News