Polis Sweden lancar gerakan cari Teddy Bear milik kanak-kanak perempuan



PIHAK Polis di Stockholm, Sweden telah melancarkan satu gerakan mencari sebuah "teddy bear" yang hilang milik seorang kanak-kanak perempuan.




Sekeping gambar anak patung tersebut disiarkan di halaman Facebook selepas kanak-kanak perempuan yang dimaksudkan, Tyra Blomqvist mendapati "teddy bear" miliknya hilang di kepulauan Sweden dekat Kungsholmen.

Pihak Polis di Stockholm telah menyiarkan gambar teddy bear tersebut di halaman facebook rasmi Polis selepas salah seorang pegawainya menyedari poster yang ditulis oleh kanak-kanak perempuan itu.

Tyra di dalam posternya menunjukkan gambar teddy bear miliknya yang hilang dan menulis: "Penahkah anda ternampak teddy bear saya, saya tertinggal di Hantverksgatan pada 19 Jun"

Di bawah gambar poster tersebut, pihak polis menulis:

"Bersama-sama kita dengan cara menekan "like" pada gambar ini, menyebarkan link, dan membuka mata kita, kita akan berjaya menemukan Tyra dengan teddy bear kesayangannya kembali"

"Pastikan anda tinggalkan teddy bear tersebut di balai polis berhampiran supaya Tyra dapat bertemu sahabatnya kembali!"

Sumber: facebook.com

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kat malaysia lagi selamat, bukannya teddy bear je, budak hilangpun polis buat tak tau.. sebab selamat.
rilek ko polis, cari patung beruang nampaknya?
baguslah :) kadar jenayah kt sana kan kurang haha
Polis banyak berjasa pada perut sendiri jer..semua polis boroi...hahaha
Polis memang banyak berjasa kepada rakyat, yang jadi masaalahnya puak pakatan haram yang suka memburuk-burukkan Polis. Bila susah mintak tolong Polis juga.
1 reply · active 665 weeks ago
yourGuest's avatar

yourGuest · 665 weeks ago

amboi sesedap ja mengata!!yg ni kes dekat luar negara la!!ngko rasa2 kalau dekat malaysia da tak polis layan kes2 mcm ni...?

Post a new comment

Comments by