Penyanyi Shahrifah Aini tidak pernah mengundi seumur hidupnya



BARANGKALI ramai artis di Malaysia yang sebenarnya langsung tidak mempunyai pengalaman di dalam membuang undi pada setiap kali pilihanraya umum diadakan bagi memilih parti yang memerintah.

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi" kata biduanita terkenal negara Datuk Shahrifah Aini yang mengaku tidak pernah mengundi seumur hidupnya.



Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam semalam, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, seramai 50 rakan dan peminat beliau turut mengambil langkah yang sama mendaftar sebagai pengundi di beberapa lokasi seperti Gombak, Petaling Jaya termasuk Shah Alam.

"Kepada rakan seperjuangan yang belum mendaftar, daftarlah segera kerana setiap satu undi mampu merubah sesuatu keputusan pilihan raya dan masa depan negara" tambahnya lagi.

Sumber: utusan.com.my

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kalau join umno xpayah undi pn xpe..sbb xramai org undi umno pn dia bleh menang..byk hantu blh tolg undikan..tp kalau sokng pembangkang xpegi mengundi tu rugi la..^^
Bukan Artis's avatar

Bukan Artis · 666 weeks ago

Saya ada ramai kawan artis yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Malah ada yang dah meninggal dunia tapi sampai sekarang tak pernah daftar sebagai pengundi. Diorang ni ramai yang tak ambik tahu pasal politik, kebanyakkannya join Umno sebab nak cari peluang dapat duit mudah terutama yang dah semakin tak popular.
3 replies · active 666 weeks ago
sorry to say.. org2 yang dah sampai tua blum mendaftar dan tk pernah mengundi.. mereka ni adalah orang yang tidak bertanggung jawab kepada negaranya..sekian terima kasih..titik..:)
Bukan Artis's avatar

Bukan Artis · 666 weeks ago

Kalau diri sendiri daftar mengundi pun belum, maka dah tentu tak pernah mengundi pun. Jadi kalau ada sebarang rasa tak puas hati kepada pemerintah jangan bising-bising kerana kamu sendiri yang membiarkan perkara itu berlaku. Sebab itu pelbagai rasuah, penyelewengan kuasa berlaku di Malaysia kerana rakyat buat bodoh tak ambil tahu hal politik. Sebab itu harga barang naik tak habis-habis sebab kerajaan ingat rakyat semua sokong dia.
Alias B Hasan.'s avatar

Alias B Hasan. · 666 weeks ago

Salam semua...

Yes... Benor tu..
Org sabah's avatar

Org sabah · 666 weeks ago

Sy ni baru je msuk 21 thn bulan 5 lalu.. boleh lg nk mdaftar x? nk dftr 2 amcm?

Post a new comment

Comments by