ISTERI Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak untuk digelar sebagai 'first lady of Egypt'. Gelaran itu menurutnya hanyalah untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak.
Sebaliknya beliau lebih suka disebut sebagai Ummu Ahmed.
Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.
Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah 'first lady of Egypt' dalam kamusnya.
"Islam tidak membezakan antara satu wanita dengan yang lain. Kita adalah orang Mesir semua dan kita harus bersatu untuk bangsa kita," katanya.
Nayla mengatakan, dia lebih suka dipanggil "Ummu Ahmed" (ibu kepada Ahmed) yang merujuk kepada anak tertuanya atau "Hajjah" sebutan bagi wanita muslimah yang telah menyelesaikan ibadah haji ke tanah suci.
"Dan jika sekarang saya harus mempunyai gelaran, maka biarkanlah saya menjadi 'pelayan pertama Mesir'"
"Kita semua adalah satu, untuk kemajuan negeri tercinta."
Setelah suaminya dengan rasmi terpilih, Najla melakukan lawatan rasmi ke kediaman bonda Mahmud Sulaiman, seorang yang gugur sebagai syahid dalam peristiwa revolusi 25 Januari lalu.
Sumber: laksamanabukitbintang.blogspot.com