Lelaki rakam saat seekor buaya kunyah kasut jenama Croc



GAMBAR seekor buaya yang sedang mengunyah kasut jenama Croc menjadi topik hangat di internet apabila ia dimuat naik di beberapa laman sesawang dan forum terkenal.

Buaya itu dikatakan mengunyah kasut tersebut selama lebih 30 minit sebelum dikatakan berputus asa dan meludahkannya. Kasut tersebut dipercayai begitu liat dan tidak mampu ditelan.



Kejadian lucu itu dirakam oleh Phil Lanoue melalui kamera miliknya di kawasan paya garam, Pantai Huntington State Park, Selatan Carolina selepas beliau menyedari sekumpulan orang ramai menyaksikan sesuatu di dalam tasik.

Pada awalnya dia menyangka buaya tersebut sedang memakan ketam-ketam kecil di kawasan itu.

Lelaki berusia 58 tahun itu berkata, "Saya memberhentikan kereta dan bertanya kepada beberapa orang di situ mengenai apa yang dimakan oleh buaya itu"

"Apabila mereka kata itu kasut, serta merta saya mencapai kamera untuk mengambil gambar"

"Kami semua berasa lucu apabila menyedari bahawa buaya itu sedang mengunyah kasut jenama Croc" tambahnya lagi.




Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda