SELEPAS mengetahui tentang fakta ini, anda seharusnya berfikir dua kali sebelum mengambil tindakan membunuh lipas-lipas yang berkeliaran di kawasan rumah anda.
Lipas, haiwan yang biasanya dibenci oleh manusia ini sebenarnya memainkan peranan penting di dalam sistem keseimbangan genting yang wujud di dalam alam ini.
Menurut seorang profesor, Srini Kambhampati yang juga merupakan pengerusi jabatan biologi di Universiti Texas, ketiadaan lipas akan menyebabkan bencana dan malapetaka buruk terhadap kitaran Nitrogen.
Professor Kambhampati yang juga merupakan seorang pakar "Lipas" dipetik dari Huffington Post sebagai berkata:
"Kebanyakkan lipas makan bahan yang sedang mereput, di mana ia memerangkap banyak nitrogen"
"Cara pemakanan lipas ini juga membantu membebaskan nitrogen (dalam najis mereka) yang mana akan dibawa ke tanah dan digunakan pula oleh tumbuh-tumbuhan"
"Dengan kata lainnya, kepupusan lipas akan memberikan kesan yang sangat besar kepada kestabilan hutan secara tidak langsung menjejaskan kesemua species hidupan di dalamnya" jelasnya.
Beliau juga menjelaskan bahawa sekitar 5,000 hingga 10,000 spesies lipas di muka bumi ini juga merupakan sumber makanan penting kepada banyak jenis burung dan mamalia kecil seperti tikus.
Seterusnya, tikus pemangsa ini juga merupakan mangsa kepada haiwan yang lebih besar seperti kucing, serigala, reptilia dan juga helang serta burung-burung pemangsa yang lain.
Kepupusan lipas akan memberikan kesan yang sangat besar kepada kesemua spesies-spesies yang disebutkan di atas malah akan mengakibatkan bencana yang sangat dahsyat kepada keseluruhan hutan.
Sumber: huffingtonpost.com

Hai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau! Kerana itu peliharalah kami daripada seksa api neraka. [Surah ali-Imran ayat 191]
Sumber: huffingtonpost.com