Dua pemuda bakar diri sebagai tanda protes kepada Kerajaan (Video)







DUA pemuda Tibet nekad membakar diri di daerah Yushu, dalam wilayah Qinghai bagi membantah pemerintahan China di Tibet mengakibatkan seorang maut, manakala seorang rakannya parah.

Agensi berita rasmi Xinhua semalam melaporkan, mangsa yang maut merupakan seorang pengembala tempatan. Sementara lelaki yang terselamat berasal dari Aba, dalam wilayah Sichuan.

Sebuah kumpulan pertubuhan nasionalis Tibet dalam buangan, Kongres Pemuda Tibet mengenal pasti mangsa yang mati sebagai Tenzin Khedup, 24, dan rakannya ialah Ngawang Norphel berusia 22 tahun.



Bekas sami, Tenzin Khedup, 24, dan Ngawang Norphel, 22 memegang bendera kemerdekaan Tibet sambil menyanyikan lagu pro-kemerdekaan ketika badan mereka dijilat api.

Orang ramai menyaksikan bagaimana Khedup terbakar sehingga tersungkur mati menyembah bumi manakala Norphel dikejarkan ke hospital akibat kecederaan teruk yang dialaminya.

Sepanjang tahun lalu, dianggarkan berpuluh-puluh orang membakar diri di Tibet, China.

Mereka bertindak demikian kerana mendakwa Beijing menindas penduduk etnik Tibet.



Sumber: Kosmo

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda