Anak Zaid Ibrahim, ditahan berhubung buku kontroversi





Anak bekas presiden Keadilan Insaniah Tanah Air, KITA, Datuk Zaid Ibrahim ditahan semalam kerana terlibat menerbitkan buku berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji .

Ezra Zaid yang merupakan pengarah syarikat ZI Publications ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebanyak 180 naskhah buku tersebut dirampas dalam operasi ke atas pejabat syarikat penerbitan tersebut yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Sumber: Kosmo

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda