Mc Donald Mengesahkan Tidak Lagi Menggunakan Ammonium Hidroksida Dalam Pembuatan Hamburger



PIHAK Mc Donald minggu lalu mengesahkan bahawa, sejak Ogos lalu mereka telah berhenti menggunakan ammonium hidroksida dalam pengeluaran hamburger.

Pink Slime..ammonium hidroksida
Menurut laporan MSNBC, ammonium hidroksida adalah sejenis bahan kimia yang biasa digunakan dalam baja, pencuci rumah dan bahan letupan buatan sendiri, juga telah digunakan untuk menyediakan daging hamburger McDonalds.

Pengarah Kanan Kawalan Kualiti McDonald menberi penjelasan mengapa Mc Donald membuat perubahan dalam pengeluaran hamburger mereka. Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya, pengarah kanan kawalan kualiti McDonald kualiti sistem Todd Bacon menyatakan: "Pada awal tahun 2011, kami membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan daging lembu yang dirawat dengan ammonia untuk menghasilkan burger keluaran Mc Donald. Produk yang kami bekalkan sejak Ogos tahun lalu tidak lagi mempunyai ammonium hidroksida. Keputusan ini adalah hasil usaha kami untuk menyelaraskan standard secara global semua daging lembu yang dibekalkan keseluruh dunia. "

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengklasifikasikan bahan kimia yang digunakan "secara umumnya diiktiraf sebagai selamat." McDonald berkata mereka berhenti menggunakan bahan kimia itu secara keseluruhan bulan lalu dan menafikan langkah itu datang selepas kempen menentang penggunaan ammonium hidroksida yang dilaksanakan oleh chef selebriti Jamie Oliver.

Industri makanan menggunakan ammonium hidroksida sebagai agen anti-mikrob di dalam daging, yang membolehkan McDonald menggunakannya untuk mengelakkan daging tidak boleh dimakan.

Chef Jamie Oliver berkata: "Pada asasnya dalam merawat daging, kami mengambil produk yang akan dijual dalam bentuk yang termurah untuk anjing dan memproses produk mengikut kesesuaian untuk dijadikan makanan manusia."

Sarah Prochaska yang merupakan pakar pemakanan di St. Louis menyatakan kebimbangannya kerana ammonium hidroksida dianggap sebahagian daripada "komponen dalam prosedur pengeluaran makanan" oleh USDA, jadi pengguna mungkin tidak tahu apabila bahan kimia digunakan dalam makanan mereka.

"Ia adalah satu proses yang dipanggil 'pemisahan daging secara mekanikal' atau 'produk daging,'" kata Prochaska berkata.

"Satu-satunya cara untuk mengelakkan penggunaan bahan kimia seperti ini adalah dengan memilih produk yang segar, memasak daging anda di rumah, dan memasak lebih banyak makanan di rumah", tambahnya lagi.

Sumber: Yahoo News

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda