SEORANG pendandan rambut menjadi mangsa makanan yang tidak terjamin kebersihannya. Dia merasa loya apabila terjumpa serpihan kuku yang kotor tersorok di dalam sandwich yang dibelinya dari Tesco.
Katie Sellers, 29 dari Truro Cornwall, sedang mengunyah salmon salai dan sandwich krim keju apabila tiba-tiba tergigit sesuatu yang rangup antara giginya.
Dia terus meludah untuk melihat objek apakah yang digigitnya dan terkejut apabila mendapati kuku akrilik kotor yang terdapat dalam makanan itu.
kuku yang kotor dan kekuningan ditemui dalam sandwich
Kuku itu kelihatan sudah berubah warna dan kotor dan setelah diteliti, ia merupakan kuku palsu.
"Saya fikir makanan ini disediakan oleh pekerja yang memakai sarung tangan dan saya tidak sangka mereka dibenarkan untuk memakai kuku palsu dan tidak bersarung tangan. Ia sejenis kuku akrilik dan saya yakin, ia tertanggal ketika pekerja-pekerja di Tesco menyediakan makanan itu. Saya yakin ia tersorok dalam krim keju kerana saya memeriksa sandwich yang saya beli sebelum memakannya dan tidak perasan ia tersembunyi didalam krim keju", kata wanita malang itu.
Wanita itu telah membeli sandwich keluaran Tesco dengan harga £ 2.40 di kedai tempatan pada 21 Januari. Tetapi dia hanya menemui kuku yang menjijikkan itu keesokan harinya, apabila dia memakan sandwic semasa rehat ketika menjalani kursus latihan kecantikan di Bristol.
Wanita itu meletakkan kuku yang kekuningan itu di dalam sebuah beg dan membuat aduan di Tesco tetapi masih menunggu jawapan.
Tesco hari ini mengesahkan mereka menyiasat insiden itu.
Jurucakap Tesco berkata: "Kami sentiasa memastikan produk keluaran kami adalah berkualiti tinggi dan kami dan pembekal kami mempunyai sistem yang mantap untuk mengelakkan sebarang objek asing masuk ke produk yang boleh mengancam pengguna. Kami sudah tentu akan menjalankan penyiasatan secara menyeluruh terhadap kejadian ini. '
Sumber: Daily Mail