SEORANG juri mempertimbangkan keputusan untuk membebaskan seorang lelaki yang merogol seorang remaja ketika remaja itu menjadi tetamu rumah lelaki itu dan lelaki itu melakukan jenayah itu dalam dalam tidur tanpa disedari.
Stephen Davies, 43, mendakwa dia mengalami keadaan yang jarang berlaku dipanggil sexsomnia.
Stephen Davies mengidap seksomnia
Seorang pakar tidur telah mengesahkan diagnosis itu. Dua orang wanita termasuk bekas isterinya Angela berkata dia akan bangun selepas mengigau tanpa mengingat apa-apa.
Ketika kejadian, gadis berusia 16 tahun itu, seorang pelajar kolej yang tinggal di rumah Pembrokeshire lelaki itu telah jatuh sakit pada malam itu dan pergi untuk berkongsi bilik itu kerana dia berasa lebih sejuk.
Gadis itu terbangun apabila menyedari lelaki itu menyentuhnya. Pendakwaraya Jim Davis memberitahu Swansea Crown Court: "Gadis itu terlalu takut dan menangis ketika lelaki itu berpaling padanya dan merogolnya."
Juri diberitahu untuk memutuskan sama ada ketika kejadian, lelaki itu memang sedang diserang seksomnia atau tidak kerana selepas merogol mangsa, dia turun ke bawah untuk memanaskan air didalam cerek dan naik semula ke atas dan menyerang gadis itu secara seksual sekali lagi.
Davies menghantar pesanan pada gadis itu keesokan harinya untuk bertanya jika ada apa-apa yang berlaku antara mereka dan memberitahu polis bahawa dia terkejut apabila mendapati gadis itu berada di atas katil.
Apanila ditanya sama ada dia melakukan hubungan seks dengan gadis itu, Davies menjawab: "Saya tidak tahu."
Dr Chris Idzikowski, Pengarah Sekolah Tidur Edinburgh, berkata: sexsomnia adalah sejenis keadaan seperti "sleepwalking" dimana penghidapnya tidak sedar apa yang dilakukan pada masa itu".
Perbicaraan itu masih diteruskan.
Sumber: The Sun