
Mengikut sumber dari Tianjin Post melaporkan, ibu yang berusia 29 tahun dari Wilayah Henan itu melahirkan bayi itu Sabtu lalu melalui pembedahan caesarean. Pembedahan itu mengambil masa hanya 20 minit dan kedua-dua ibu dan bayi, yang bernama Chun Chun, berada dalam keadaan yang stabil.
Menurut laporan akhbar itu, ibu bapa Chun Chun mempunyai saiz badan dan ketinggian yang normal dan dan tidak terdapat apa-apa yang luar biasa tentang kehamilan atau diet ibunya yang boleh dikaitkan sebagai faktor yang mempengaruhi saiz bayi itu yang sangat besar ketika dilahirkan.
Akhbar itu tidak melaporkan dengan jelas sama ada Chun Chun mencipta rekod kelahiran terbesar di China.
Rekod Dunia Guinness melaporkan Chun Chun bukanlah bayi yang baru lahir yang paling berat pernah direkodkan kerana rekod itu dicatatkan oleh seorang wanita Ohio pada tahun 1879 yang melahirkan bayi seberat 23.7 pound iaitu 10.77kg.
Untuk melihat video, sila klik sini.
Sumber: Daily Chilli
deleted2711223 76p · 685 weeks ago
danauhijau · 674 weeks ago
nuri · 675 weeks ago
Syafiq · 683 weeks ago
Zina itu Best: http://apekblogger.blogspot.com/2011/11/bila-berb...