Wanita Maut Dalam masa 15 saat akibat ditindih Kekasih



Seorang bekas chef, Robert Trigg, 47 tahun telah dituduh membunuh teman wanitanya, Susan Nicholson, 52 tahun secara tidak sengaja setelah dikatakan tertidur di atas wanita malang itu.

Ketika kejadian, pasangan itu yang baru 4 bulan berpacaran sedang berbaring di atas sofa. Secara tidak sengaja Robert Trigg yang mempunyai berat 83 kg terlelap lalu tergolek dan menghemapap teman wanitanya yang mempunyai berat 51 kg. Dia hanya terbangun keesokan harinya dan menemui Susan dalam keadaan tidak bernyawa.

Sofa di mana Robert dan Susan tidur bersama dan menyebabkan kematian Susan

Dia membuat laporan polis dan terpaksa ditahan untuk disoal kerana disyaki membunuh tanpa niat dan kemudian dibebaskan tanpa sebarang dakwaan.

Ketika menghadiri perbicaraan kes, seorang pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat wanita itu, Dr Simon Paul memberitahu mahkamah bahawa punca kematian wanita itu adalah disebabkan dihempap oleh seseorang sehingga menyebabkan dia mati lemas dalam masa 15 saat.

Hasil bedah siasat itu menunjukkan terdapat pendarahan dalaman di dalam salah satu daripada matanya, mukanya, leher dan di bahagian dada kesan daripada tekanan kuat.

Dalam sesi perbicaraan, kes diperdengarkan. Robert menceritakan ketika kejadian, dia dan Susan bermesra di sofa dan akhirnya Susan tertidur bersama di dalam pangkuannya.

Walau bagaimanapun, sepanjang malam Robert bergolek di atas kepala Susan dan melemaskan wanita itu. Dia bangun pada jam 2 pagi untuk ke tandas dan pada waktu itu posisi tidur Susan masih seperti biasa.

Pada keesokan hari, jam 8.15 pagi, dia terjaga dan menyedari posisi badannya terletak menyerong kearah bahagian muka wanita malang itu. Posisi tidur Susan tidak berubah tetapi mukanya telah bertukar menjadi ungu tetapi tangannya masih hangat.

Ketika Robert mengejutkannya, dia tidak lagi memberi respon. Robert Trigg memberitahu mahkamah bahawa mereka sering tidur bersama-sama di atas sofa dan bukannya katil mereka dan telah dilakukan berpuluh-puluh kali sebelum dan tidak menduga kejadian seperti ini akan terjadi.

"Dalam kes ini, Robert Trigg boleh disabitkan kesalahan menyebabkan kematian atau membunuh tanpa niat", kata seorang Detektif yang terlibat dalam siasatan kes ini. Tiada sebarang bahan bukti yang ditemui bersabit kesalahan ini.

Hasil perbicaraan mahkamah memutuskan bahawa punca kematian adalah akibat kemalangan yang tidak disengajakan.

Seorang Coroner yang bertugas di West Sussex, Michael Kendall berkata: "Tidak ada keraguan bahawa kematian Susan adalah disebabkan oleh tindihan Robert di bahagian mukanya. Tidak ada bukti yang menunjukkan ada perbalahan, keganasan atau insiden pencerobohan yang berlaku."

"Kami tidak boleh memastikan dengan tepat bagaimana Robert Trigg menindih muka Susan tetapi bukti-bukti hasil bedah siasat menunjukkan bahawa tindihan itu menyebabkan kematian serta merta." tambahnya lagi.

Sumber: Daily Mail

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda