NGO Gesa Tindakan Di Ambil Terhadap Pasangan Gay, Ariff Alfian





Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis menggesa penyiasatan dijalankan keatas seorang lelaki berusia 28 tahun, Ariff Alfian Rosli yang didakwa telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina di luar negara.

Pengerusi Belia Pertubuhan Islam Kepong(PBIK), Norizan Ali berkata: "Pertubuhan bukan kerajaan itu membuat laporan di ibu pejabat polis Sentul meminta siasatan dan tindakan diambil ke atas lelaki itu yang gambar perkahwinannya telah tersebar luas dalam laman web."

"Kami telah membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan syarikat-syarikat yang berhubung dengan kerajaan (GLC) untuk memeriksa pelajar-pelajar yang ditaja sebagai penerima biasiswa," katanya.

Lelaki itu dilaporkan merupakan seorang pelajar perubatan di Dublin tetapi dia tidak menamatkan pengajiannya.


"Mereka akan memilih pelajar yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang tetapi tidak memeriksa keperibadian dan kepercayaan agama," kata Norizan.

Beliau berkata :"PBIK akan menghantar satu salinan laporan polis ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan(Jawi) untuk menggesa pihak JAWI mengambil tindakan terhadap lelaki itu jika dia kembali ke Malaysia."

"Perkahwinan itu adalah satu penghinaan kepada agama, bangsa dan negara," katanya.

Pengerusi Komuniti Biro Pengaduan Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, ibu lelaki itu telah menghantar surat kepada anaknya, meminta dia bukan sahaja pulang kembali ke pangkuan keluarga, tetapi juga menyelesaikan RM890, 000 pinjaman pendidikan.

Sumber: The Star

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda