POLIS di lapangan terbang Itali terpaksa memeriksa payudara seorang model Sepanyol, dan berjaya menemui sesuatu yang mengejutkan iaitu 2.5 kilogram (5.5 paun) kokain tulen yang menyerupai implan di dalam payudara dan bahagian punggung model itu Rabu lalu.
wanita yang berusia 33 tahun yang tiba di Rom dari Sao Paulo di Brazil memakai pakaian yang ketat untuk menampakkan keseksiannya, dengan harapan penampilannya dapat mengalih perhatian polis sempadan, agensi berita ANSA melaporkan.
Laporan itu berkata, wanita itu menimbulkan kecurigaan selepas memberikan jawapan yang tidak jelas kepada seorang pegawai tentang tujuan perjalanan ke Itali. Dua orang pegawai wanita diminta memeriksa wanita itu dan berjaya menemukan kokain didalam tubuh wanita itu.
Kaedah penyeludupan melalui lapangan terbang Rome Fiumicino telah menjadi semakin berleluasa. Tahun lepas dadah jenis kokain didapati tersembunyi di dalam troli bagasi.
Pada bulan Jun, polis menahan pengedar-pengedar dadah yang menyeludup 220 kilogram kokain yang disembunyikan dalam peti patung kapur yang dihantar melalui lapangan terbang yang sama.
Airport di Rome di mana wanita itu ditahan
Sumber: Telegraph.co.uk