Mercedes Disaluti Emas Dan Batu Delima Untuk Di Jual





SEORANG usahawan yang terkenal dari Switzerlad telah mengubahsuai kereta mercedes miliknya menjadi suatu kenderaan yang sangat menarik dan berkilau.

Usahawan itu yang dikenali sebagai Ueli Anliker menghabiskan lebih daripada 3.5 million pound untuk mengubahsuai kenderaannya yang dahulunya dibeli dengan harga 300 ribu pound dan menggelarnya 'Anliker McLaren SLR 999 Read Gold Dream'.

Asalnya, kenderaan ini yang berkuasa 200 mpH adalah jenis kereta yang dihasilkan oleh pengilang Jerman yang merupakan salah satu produk paling eksklusif.

Pengubahsuaian yang dilakukan Anliker telah diklasifikasikan oleh Top Gear sebagai satu cetusan idea yang boleh memukau pandangan mata anda dan mengatasi mimpi ngeri anda.

Dengan tanda harga minimum 7 million pound, ia telah menjadi kenderaan yang paling mahal di dunia untuk dijual di pasaran terbuka.

Pemilik Kenderaan: Ulie Anliker

Anliker bekerjasama bersama 35 orang yang lain didalam satu pasukan dan menghabiskan lebih kurang 30,000 jam untuk mengecat kereta dengan 25 lapisan cat merah yang bercampur dengan serbuk emas.

Setiap roda kereta,lampu utama,dan kerangka pintu disaluti dengan emas 24 karat dan dihiasi dengan lebih daripada 600 biji batu delima.

Di bahagian dalam pula diletakkan emas dan bersama-sama lapisan permata sebagai penanda , stereng yang disaluti emas dan dan gear yang dihiasi dengan batu delima.

Mercedes SLR 200mpH telah diubah dengan 24-karat emas pada roda dan lampu

Kenderaan yang mempunyai 5,4-liter enjin dirangsang kuasanya dari 640bhp kepada 999bhp, menjadikan kelajuannya meningkat melebihi 210mpH.

Seorang jurucakap untuk Anliker berkata: "Menjual kenderaan ini tidak pernah menjadi sebahagian daripada motivasi dan matlamat utama Encik Anliker, tetapi beliau akan menimbangkan tawaran yang bersesuaian dengan nilai hasil kreativitinya."

Sumber: The Sun

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda