Lelaki Dihukum Sebatan 2080 Kali Kerana Merogol




SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.

Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.

Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

Sumber: World News

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (19)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kalau di malaysia dilaksanakan undang2 Islam..alangkah indahnya...........
ni klau buad kt mlysia nie mzty xda dah kes buang ank..
kalau di malaysia..menteri menteri rogol bolih di lepaskan..tak kena penjara..buang kes..akhirnya yg kena rogol akan mengaku perkara tak jadi kerena mulutnya di sumbat dengan wang ribu ribu..
Kalau Saudi Arabia cuma menghukum penzina mohsan dengan sebatan, kenapa pulak Malaysia nak laksanakan rejam keatas seorang wanita yang didapati mengandung diluar nikah?
Kenapa wanita sering dijatuhkan hukuman rejam tetapi lelaki yang zina sumbang muhrim hanya terlepas dengan sebatan?
3 replies · active 696 weeks ago
Study lagi bro... ini hukum takzir kerana tiada 4 saksi semasa perbuatan rogol itu dilakukan. Hukuman Rejam hanya akan dibuat jika si pelaku sudah berkahwin dan cukup 4 saksi yang memenuhi syarat.
kalo ini anda dapat daripada hukum hudud Islam yg betul.. maka saya pasti ada sebab yg kukuh disebalik yg zahir
p/s : saya jahil tentang hudud tapi saya percaya dan tiada ragu2 kalau ia dari hukum Islam sendiri
Malaysia perlu HUDUD's avatar

Malaysia perlu HUDUD · 696 weeks ago

Dari gambar td dh nmpak dgn jelas hukuman disaksikan oleh msyarakat. Tengok brtapa Islam mngatur syariat hukuman hudud bukan hanya mendidik pesalah, tp pada msyarakat sekali gus.

Q/A: Bila pula Malaysia nk laksanakan hukuman rejam ke atas wanita mngandung luar nikah? Xada statement yg mngatakan sebegitu. Islam dah susun dgn cantik hukuman bg stiap pesalah.
kalo di malaysia laksanakn hukum hudud ni... rasenya aman dunia.... WAJIB DILAKSANAKAN...... hukuman yg x perlu dipolitikkan......
ni takzir..jika syarat untuk hudud tidak cukup,contohnya x cukup saksi,maka hudud x bole dilaksanakan..contohnya saya berikan disini,saksi x cukup,tetapi ade video rakaman sebagai bukti..jadi pesalah terlepas hudud,dan hukuman takzir akan dilaksanakan....yang benar itu dari ALLAH SWT,yang silap itu dari saya.sekian
padan dengan muka dia.. pengajaran kepada supaya supaya tak merogol.. www.ashgive.com
Adil
insyaALLAH.hudud itu bertujuan mengajar. bukan menghukum.. kalau dah buat kat dunia terlepaskat akhirat. mana nak? kat dunia ke akhirat?. lagi un islam teramat adil. tidak menghukum tanpa bukti kukuh. XD. ingat kes seorang sahabat mengaku berzina. dan nabi bertanya sebanyak 3 x baru disabitkan kesalahan? . hukum neh bukan senang2 nak sabit. sebab bak kata cg saya "biar terlepas hukum,jangan tersalah hukum."
walhualam. yg bek datang dari ALLAH. yg buruk datang dari ALLAH dan disandarkan kepada saya"
kalau lah boleh anu nya di rotan kan best lagi..
hukum syarak tak boleh angkat tgn lebih ketiak ..
betulke tuh cara hukum hudud dilaksanakan....? cara pegang rotan pun dah salah......
batu tepi jalan's avatar

batu tepi jalan · 696 weeks ago

Rogol adalah kesalahan Zina...hanya. 100 sebatan...klu 2080 dah terlampau...
1 reply · active 696 weeks ago
rogol sekali mungkin 10-20sebatan tu kire berpatutan la.. ne da rogol anak sendiri,, di lakukan secara berulang2 kali selama 7tahun.. jgn fikir yg kene sebat 2080kali tu je,, tp fikir juga pada yg kene rogol dan jd pengajaran kepada yg lain.. lg pun tu baru hukuman dunia tu,, Allah da bayar cash kat dunia,, klu kat akhirat tu camne???

Post a new comment

Comments by