Kanak-Kanak Cedera Teruk Di Muka Di Serang Anjing Belaan




SEORANG kanak-kanak perempuan berumur empat tahun telah mengalami cedera parah di muka apabila diserang oleh anjing kesayangan peliharaan keluarganya. Kanak-kanak malang itu, Jorja Caze-Ramscar telah diseret dari kerusi oleh anjingnya yang dipanggil Luna, jumaat lalu di Dunstable,Beds.

Binatang jenis husky itu mengigit kuat di seluruh kepala gadis kecil itu dan mengunyah mukanya.

Jorja menerima 20 jahitan selepas serangan itu dan memerlukan rawatan dari pakar mata.

Ibu kanak-kanak itu, Karine , 36 tahun, berkata: "Ketika itu, mereka sedang bersiap sedia untuk makan malam dan anjing itu berada di sebelah Jorja.

"Tiba-tiba dia, ia mengheret Jorja dari kerusi jatuh ke lantai dan menyerang mukanya. Anjing yang mempunyai mulut besar itu mengigit dan cuba mengunyah mukanya", tambah ibunya lagi.

Anjing itu kelihatan seperti cuba membunuh dan tompokan darah berserak di mana-mana sahaja.

Jorja bersama Luna, anjing belaan bapanya
Anjing berusia 15 bulan itu kepunyaan ayah kanak-kanak itu, Clive Ramscar, 42 tahun, dan kejadian itu berlaku di rumahnya.

Dia dan Karine berpisah dua tahun lalu dan anak perempuan mereka membahagikan waktu untuk meluangkan masa di antara mereka.

Selepas kejadian itu, anjing itu tidak dibunuh tetapi telah dihantar untuk tinggal dengan keluarga yang lain.

Sumber: The Sun

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda