Seorang ibu yang mengalami keguguran sebanyak lapan kali sebelum melahirkan bayi "ajaib" telah disahkan meninggal dunia selepas rebah di perkhidmatan Krismas Gereja.
Sarah Bradbury, 30, dari Portland, Dorset, tiba-tiba jatuh sakit ketika memberitahu paderi Katolik bagaimana sihatnya bayi pra-matang yang dilahirkannya yang diberi nama Joseph.
Seorang doktor yang berada di tempat kejadian cuba untuk memberi rawatan kecemasan sementara paramedik tiba tetapi beliau tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia kemudiannya di hospital akibat dari pendarahan gastro-usus yang tidak dapat di analisa puncanya.
Joseph dilahirkan pada usia kehamilan 23 minggu iaitu 4 bulan lebih awal dari kelahiran normal dan hanya seberat 0.62 kg dan berdepan pelbagai kemungkinan tetapi akhirnya membesar menjadi bayi normal.
Encik dan Puan Bradbury menghadapi masalah untuk memulakan sebuah keluarga yang disebabkan oleh keadaan kesihatan yang menyebabkan rahimnya lemah.
Dia mengalami tujuh kali keguguran sebelum dapat melahirkan seorang anak pada tahun 2009, tetapi bayi itu meninggal selepas beberapa minit dilahirkan.
Apabila Joseph dilahirkan pada bulan Ogos 2010 doktor memberitahu, anaknya mempunyai hanya sepuluh peratus peluang untuk terus hidup.
Joseph menerima lapan pemindahan darah dan pada usia enam minggu, terpaksa menjalani pembedahan untuk menetapkan injap di dalam hatinya untuk menyelamatkan nyawanya. Dia juga telah diberi rawatan untuk memastikan paru-parunya mengembang.
Kesihatan Joseph kemudian disahkan normal dan dibenarkan pulang pada April tahun ini.
Ketika itu, Puan Bradbury menggambarkan kegembiraan menjadi seorang ibu. Dia memberitahu MailOnline: "Joseph adalah satu keajaiban yang sempurna. Ia masih terasa seperti mimpi dan saya terus berfikir saya akan bangun dan seseorang akan memberitahu saya bahawa ia tidak benar dan hanya mimpi. "
Encik Bradbury berkata: "Sarah mendapat semangat apabila seorang doktor yang merawatnya selepas keguguran memberitahu bahawa dia tidak dapat menjamin bahawa Sarah akan mengandung tetapi tidak menyangkal terdapat peluang untuk Sarah mengandung lagi."
Puan Bradbury gembira mencuba lagi untuk hamil dan setiap kegagalan menjadikan dia semakin kuat.
"Dia mengadu berasa kurang sihat beberapa minggu yang lalu tetapi dia berbual-bual dan bergurau seperti biasa dan saya tidak mengesyaki apa-apa," tambah Encik Bradbury.
Hasil bedah siasat mendapati Puan Bradbury telah mengalami pendarahan usus.