Remaja paling tinggi di dunia terus meninggi setiap hari



REMAJA berusia 19 tahun, memiliki ketinggian 2.12m serta berat 127kg. Namun rekod dunia yang dipegangnya membuatkan dirinya bakal keseorangan seumur hidup.

Ketinggiannya yang semakin meningkat saban hari dilaporkan akibat ketumbuhan otak yang pernah dikesan sewaktu berumur 9 tahun. Ia mengakibatkan ketidakseimbangan hormon serta mengurangkan penglihatannya.

"Dia nampak berbeza dengan rakan-rakan dan saya rasa agak bimbang" kata ibunya Ji. "Saya membawanya berjumpa doktor untuk pastikan tiada apa-apa masaalah dengannya".

Remaja paling tinggi di dunia itu memerlukan suntikan dengan kos £2,000, sekali setiap tiga bulan bagi mengawal ketumbuhan yang tidak mampu ditanggung oleh keluarganya.

Sering kali menjadi ejekan rakan-rakan sebaya sewaktu di zaman sekolah, Malee yang berasal dari Trat, Timur Thailand itu kini sering menghabiskan masa bersama keluarganya.

"Sejak meninggalkan alam persekolahan, saya cuba menerima seadanya keadaan diri saya" kata Malee. "Saya tak pernah ada teman lelaki. Saya tak fikir orang seperti saya akan berkahwin" tambahnya lagi.

"Ayah selalu bimbang, dia tak pernah benarkan saya keluar seorang diri kerana kadang kala saya perlukan bantuan untuk bangun".

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda